Seperti yang dijanjikan malam tadi, "Tukanglawan" mendapat maklumat dari sumber yang kuat mengatakan himpunan BERSIH 3.0 kini sudah terlalu hampir, dan "tukanglawan" telah diberitahu tarikhnya oleh sumber berkenaan.
Himpunan BERSIH 2.0 yang lalu memang menakutkan si penguasa kejam, mengapa mereka sangat takut, padahal ianya bukan satu yang asing sebenarnya untuk rakyat berhimpun dan menyatakan suara hati mereka.ini sudah wujud sejak dulu lagi, malah penyokong UMNO juga dulu melakukannya juga.
Beza UMNO dulu dengan umnoapco sekarang sangat jelas.walaupun umno yang dulu itu masih anak kesayangan penjajah British, ia tidaklah seteruk umnoapco sekarang, umnoapco sekarang ini selain bersekongkol secara senyap dengan rejim zionis israel, (sebab itu layak umno ini dipanggil umnoapco, kerana Apco sebuah syarikat perundingan milik yahudi menjadi penasihat kerajaan)ia juga sebenarnya sebuah parti politik yang dihasilkan semula selepas UMNO diharamkan, jadi umno sekarang bukan la UMNO yang asal. kerana itu ia menggunakan nama "UMNO BARU"A.
Kesan dari kewujudan 'UMNO BARU"A, inilah yang merosakkan keharmonian sistem negara kita, otak bergeliga mahathir yang menyebabkan perpecahan dalaman umno ini sehingga wujudnya Parti Semangat 46, rosaknya akidah orang Islam serta perpecahan dan ketidak harmonian antara satu bangsa dengan bangsa lain di negara ini perlu kita renungkan.
Bijak sekali memperdaya sehingga dunia Islam kononnya menghargai mahathir, namun dalam masa sama mahu menjalin hubungan dengan zionis.
Selain itu diktatorship yang diamalkan oleh bekas perdana menteri yang banyak sekali menghina ISLAM itu juga telah menjadikan rakyat bisu, pegawai kerajaan kaku serta Media sudah jadi media palsu. itukah yang kita panggil kemajuan?.
mahathir membangunkan negara dengan bangunan besar dan tinggi, namun rakyat dihimpit tekanan hidup, kerosakkan akidah dan masalah sosial yang membarah.itukah komodenan?.. itu sebenarnya kehancuran.
Kerana dari itu jugalah sistem pentadbiran rosak, sistem kehakiman boleh diperkuda, dna integriti badan-badan berkanun d=serta pihak berkuasa sudah makin lemah.JPN menjadi"balaci" untuk terus membolehkan Umnoapco warisan mahathir terus berkuasa.
Pilihanraya tidak lagi bebas dan bersih, mahathir dikatakan pernah mengarahkan sabah dirampas supaya Barisan Nasional terus utuh. sudah tentu secara logika nya usaha itu dibantu oleh SPR.
Kerana tak mahu ia berulang lagi la kita harus bersedia untuk HIMPUNAN BERSIH 3.0 yang diberitahu akan diadakan hujung APRIL nanti, atau lebih tepat pada 28.04.2012.
Adakah anda sudah bersedia?
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.