Istana Negara yang baru runtuh?, gempar ni, dah baca belum kisah jambatan di melaka yang terlalu mahal tapi kualiti takde tu? (baca sini)
istana negara tak runtuh pun, dan kita harap tak ada benda buruk terjadi, tapi kita tidak tahu bukan, bukan apa, kerana ada perkara-perkara pelik berlaku dalam proses pembinaan Istana Negara baru tu.
istana negara tak runtuh pun, dan kita harap tak ada benda buruk terjadi, tapi kita tidak tahu bukan, bukan apa, kerana ada perkara-perkara pelik berlaku dalam proses pembinaan Istana Negara baru tu.
Tahukah anda syarikat yang diberi tender membangunkan istana negara baru itu hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.
bagaimana itu boleh berlaku, kes ini hampir serupa dengan NFC yang khabarnya mendapat dana lebih dahulu berbanding kelulusan.
November lalu, Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid berkata bahawa selepas menyoal siasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010
Jadi 2 kes diatas agak serupa. dapat dulu baru laksana yang sepatutnya kemudian, jika ikut telus atau tidak sudah pasti tidak telus, mana mungkin syarikat yang bukan didaftarkan sebagai syarikat pembinaan berjaya memperoleh kontrak yang sangat besar ini, kecuali la ada benda tidak kena.
Petikan kenyataan akbar Datuk Seri Anwar pada Khamis 14 Okt 2010 pernah membongkar perkara ini.
Petikan itu menyebut sebagai berikut
Kenyataan Akhbar DSAI pada Khamis 14 Okt 2010
SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA
Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD
A. KONTRAK
1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00
2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51
3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006
4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007
5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011
6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja “upgrading” di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.
B. PERIHAL SYARIKAT
Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai “DORMANT” oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record” dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.
Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.
Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.
C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK
1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen “PKK” yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR.
2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan “CIDB” sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.
Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan
Bahagian VI
Pendaftaran Kontraktor
25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga
Atau bahasa Inggeris
Part VI
Registration of Contractors
25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga.
D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA
MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana NegaraMAYA MAJU SDN BHD
- Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan.
- Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd.
- Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd
- Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd.
- Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama “Maya Maju”. Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan “overrule” keputusan ini.
F. MASAALAH-MASAALAH LAIN.
1. Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek,
2. Dalam akhbar The Star 27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH.
3. Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan"
Lebih pelik lagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat. jadi bagaimana tu.
Dibawah kerajaan barisan nasional memang banyak benda pelik, lembu duduk dalam kondo adalah yang paling popular, kapal selam juga tidak mampu menyelam, selain itu jambatan dibina atas darat sebelum dibuat sungai dibawahnya, belum lagi kes Stadium runtuh, siling mahkamah bocor dan sebagainya, ini juga tidak mustahil berlaku di Istana Negara, semua gara-gara prosedur pelik dalam lantik kontraktor utama.
Istana negara tidak runtuh, tapi sudah ada keruntuhan sikap jika tander yang diberikan itu tidak telus.
#mesti baca, kisah jambatan paling canggih dan mahal binaan Umno di Melaka
Istana negara tidak runtuh, tapi sudah ada keruntuhan sikap jika tander yang diberikan itu tidak telus.
#mesti baca, kisah jambatan paling canggih dan mahal binaan Umno di Melaka
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.