Seramai 15 pelajar dari 17 sekolah menengah di Melaka, yang sedang mengikuti perkemahan badan beruniform, cedera terkena renjatan akibat panahan petir di Kem Pengakap Bukit Katil di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang semasa hujan. Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka dan kini sedang menerima rawatan di unit kecemasan.
Pelajar berkenaan yang mengikuti perkemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) rebah selepas petir memanah sebuah pokok dalam kejadian kira-kira 5.30 petang.
Kesemua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis, Banda Hilir, di sini adalah antara 584 pelajar yang menyertai program perkemahan bermula hari ini hingga Sabtu ini.
Salah seorang mangsa, Mohd Faisal Othman, 15, berkata, sebelum kejadian, kesemua pelajar baru selesai membuat raptai sempena majlis perasmian program berkenaan di kem tersebut yang dijadualkan berlangsung esok.
“Raptai dihentikan sekejap kerana hujan renyai dan kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing. Saya dan lima rakan yang tinggal satu khemah kemudian mahu keluar ke khemah lebih besar kerana takut mendengar bunyi guruh dan petir.
“Tetapi, sebaik saja saya keluar dari khemah bersama tiga rakan lain, saya nampak pokok berhampiran khemah dipanah petir. Saya rasa seperti terkena elektrik terus jatuh terlentang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Melaka.
Mohd Faisal berkata, kejadian sama turut menimpa dua rakan sekhemahnya yang berada di luar, selain tiga lagi berada dalam khemah sama.
Terfikir pula "tukanglawan" apakah langkah-langkah keselamatan telah diambil perhatian sebelum aktiviti tersebut dijalankan, bukan apa, nasib baik mereka hanya tercedera, jika terbunuh bagaimana, apa pun pihak berkenaan seharusnya lebih peka terhadap keselamatan peserta, pemilihan lokasi dan perlindungan yang sesuai wajar diambil perhatian.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.