Polis berkata, kejadian jam 8.21 pagi itu menyebabkan pesawat milik Trigana Air itu hilang kawalan sehingga melanggar bangunan gudang di lapangan terbang itu.
Mayat penumpang yang terkorban serta empat mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Mulia.
Pihak berkuasa menutup sementara lapangan terbang itu untuk memudahkan siasatan terhadap kejadian itu.
Pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis dan tentera masih memburu penembak di kawasan pergunungan dekat lapangan terbang itu dan setakat ini polis belum mengetahui sama ada penembak bergerak seorang diri atau bersamakumpulan tertentu.
Insiden menembak pesawat di kawasan lapangan terbang itu merupakan kejadian pertama dan lokasi lapangan terbang itu yang dikelilingi lembah, dipercayai memberi kelebihan kepada penyerang untuk melepaskan tembakan dari arah manapun.
Hai, macam - macam dunia ni, semoga perkara sama tidak berlaku dinegara ini. ye la, mana tidaknya, kadang-kkadang perbuatan wartawan yang melaporkan berita tidak benar mengundang rasa marah orang lain.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.