Sudah 4 tahun Kerajaan Umno/BN jadi kedekut haji bakhil tiba-tiba tahun 2012 menjadikan Umno/BN sebagai pemurah kepada rakyat. Sungguh ajaib kejadian ini. Saya rasa sepatutnya kejadian ini perlu direkodkan mana-mana buku rekod. Tetapi persoalannya sekarang kenapa sekarang baru kerajaan Umno/BN tiba-tiba menjadi pemurah...
PRU ke 13 menjadi penyebab kenapa Kerajaan BN menjadi sedikit pemurah. Tindakan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat. Sebagai contoh secara tiba-tiba kerajaan merendahkan bayaran tol Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus. Ia bagaikan satu ciplak kepada isi-isi buku jingga yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat(PR) iaitu melupuskan pembayaran tol Lebuhraya.
Jika kerajaan Umno/BN tidak melakukan sedemikian,berkemungkinan besar mereka akan kehilangan banyak undi. Ia muncul kerana sebelum ini kerajaan telah banyak membebani rakyat. Ini jelas apabila kerajaan telah menaikkan harga minyak RON95 dan menghapuskan subsidi kepada minyak RON97. Kenaikkan minyak telah menyebabkan inflasi kepada barang-barang yang lain. Ini amat membebani rakyat berpendapatan rendah. Dengan kejadian ini,rakyat sudah mula bangkit untuk melawan kerajaan yang sedia ada. Untuk menimbus najis yang kerajaan BN lakukan, Kerajaan Umno/BN telah memberi dadah untuk menghayal rakyat sebelum PRU ke 13.
Perbuatan yang kerajaan Umno/BN sekarang telah cukup membuktikan Umno/BN telah melakukan satu kesilapan yang besar iaitu memperbodohkan rakyat. Ini kerana rakyat sekarang telah sedar dari lamunan. Rakyat sekarang bukanlah alat permainan. Mereka mempunyai akal fikiran yang cukup matang dalam politik Malaysia. Mereka mampu untuk memilih yang mana hipokrit dan yang mana benar.Bagi saya, penurunan harga tol Lebuh Raya Cheras-Kajang, BR1M langsung tidak mencukupi untuk keperluan rakyat. JIka benar Kerajaan Umno/BN mahu membantu rakyat, sila hapuskan pembayaran Tol Lebuhraya-lebuhraya kroni mereka.
Adakah kerajaan yang bermuka-muka ini masih perlu dipertahankan lagi???sememangnya tidak rasional. Ayuh rakyat-rakyat sekalian bangkit menjatuhkan Rejim yang zalim ini, jatuhkan kroni-kroni mereka, biarkan mereka merempat tepi jalan merintih pemberian orang seperti mereka lakukan kepada kita.
INI HARUS JELAS
Kolumnis: Mulut Kecoh

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.