UMNO/BN : ASPIRASI UPSI

| comments

Jika UMNO di politik Parlimen cukup terkenal dengan menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat(PR). Tunggangan Umno/BN iaitu Aspirasi Upsi mengikut jejak langkah sama menyerang Pro-Mahasiswa. Inilah yang dikatakan Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..cukup memalukan...


Mereka cukup bimbang sebenarnya. Jika mereka tidak bimbang, tak akanlah mereka menyerang peribadi  sedemikian rupa. Pro-M tidak menggunakan taktik menghina peribadi calon lawan. Ini amat berbeza dengan budaya politik Aspirasi Upsi, terutama yang mereka lakukan sekarang.Aspirasi Upsi 



 Isunya sekarang mengapa perlu menyerang peribadi seseorang..perbuatan ini sangat dikutuk jika dipentas politik. Saya cukup kesal dengan cara mereka untuk mempengaruhi mahasiswa semata-mata untuk meraih undi. Seharusnya mereka membentangkan perancangan mereka untuk membela nasib mahasiswa. Bukannya menabur fitnah. Nampak sangat mereka ini sudah ketandusan isu untuk mencari kelemahan Pro-M.


Saya amat yakin, mahasiswa sekarang amat bijak dan tahu membezakan kebenaran dan fitnah. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah Aspirasi Upsi kerana mereka hanya mahu memperolehi kuasa dan bukannya membela nasib mahasiswa. Mahasiswa harus bijak mentafsir segala perangkap busuk Aspirasi Upsi demi meraih undi. Disebabkan terdesak kerana PRK semakin hampir, mereka sanggup menggunakan cara kotor semata-mata untuk mempengaruhi mahasiswa.

INI HARUS JELAS

Kolumnis:  Mulut Kecoh


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit