PKR: Najib dicabar hapuskan TOL

| comments

 Setakat mengurangkan sebanyak 50 peratus harga tol Lebuhraya Cheras-Kajang tidak mampu mengubah pemikiran rakyat. Ini kerana pengurangan ini tidak melibatkan kesemua rakyat. Ia lebih bersikap prejudis kepada rakyat yang tidak dapat keuntungan atas pengurangan harga tol lebuhraya berkenaan.

Najib Razak dicabar oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail untuk menghapuskan kesemua tol lebuhraya melalui pengambilalihan syarikat konsensi yang mengaut keuntungan berbilion ringgit. Menurut beliau juga, pengurangan harga tol  Lebuhraya Cheras-Kajang telah membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat  (PR) mampu untuk menghapuskan segala tol jika PR menang PRU ke 13 seperti yang dinyatakan dalam Buku Jingga.

Jika benar kerajaan mahu mengurangkan beban rakyat, beliau mencabar Najib Razak untuk menghapuskan seala tol yang ada. Mengapa hanya Lebuhraya Cheras-Kajang yang dikurangkan tolnya, mengapa tidak menghapuskan terus bayaran tol yang sedia ada. Bagi saya, penghapusan tol bukannya mitos semata-mata jika PR menang PRU ini. Ini kerana pembinaan lebuhraya sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan sebelum diswastakan.

Sebagai contoh, jika kerajaan telah memperolehi keuntungan RM5 billion, pihak syarikat konsensi telah mengaut keuntungan yang lebih besar iaitu mencecah RM18 billion. Saya berterima kasih kepada Lim Guan Eng kerana telah berjaya manghapuskan TOL Sg Nyior. Syabas YB...sampai bila lagi kita mahu bayar tol lebuhraya di malaysia. JIka para pembaca mahu manghapuskan tol seterusnya meringankan beban kewangan, ayuh jatuhkan rejim yang berada ditampuk bangunkan Pakatan Rakyat..

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit