Najib Razak: Bapa Perbodohkan Rakyat

| comments

Kenyataan Najib sebagai reaksi kepada Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengatakan beliau telah memberi jaminan dari segi saintifik Kilang Lynas yang dibina di Gebeng, Kuantan selamat. Selain itu beliau mengatakan Nadir Bumi tidak berbahaya. Ini bukan kali pertama Najib Razak memberi jaminan sebegitu. Disebabkan jaminan inilah ramai rakyat bangkit untuk membantah dan kurang kepercayaan kepada kerajaan.

Jaminan ini bagaikan satu dodoian kepada seorang bayi yang tidak tahu apa-apa. Ia dikeluarkan untuk mematikan hujah-hujah yang menghentam Kerajaan Umno/Bn  semula. Sebagai contoh, dalam kes National Feedlot Centre (NFC) . Najib Razak telah memberi jaminan tiada berlakunya sebarang penyelewengan wang ketika peminjaman wang pinjaman ternak. Tetapi kenapa tiba-tiba polis mengesyorkan para pengarah NFCorp disiasat atas tuduhan penyelewengan wang?? ini membuktikan jaminan Najib Razak langsung tidak boleh digunakan atau kata yang lebih tepat penipu.

Ini juga dapat dibuktikan apabila Najib Razak membari jaminan tiada keganasan yang berlaku ketika Bersih 2.0 disambut oleh rakyat Malaysia ketika ditemuramah oleh sebuah media antarabangsa iaitu CNN. Tetapi anda boleh lihat apa yang terjadi ketika  Bersih 2.0 dijalankan. Polis menggunakan keganasan kepada rakyat yang menuntut 8 tuntutan demi nagara yang dicintai. Ia juga jelas apabila Federal Reserve Units (FRU) menyerang sebuah hospital berdekatan dengan Pudu. Perbuatan ini telah melanggar hak asasi manusia. adakah perlu kita percaya jaminan Najib Razak??

Kedua-dua jaminan yang diberikan oleh Najib Razak adalah perbuatan seorang PM yang kuat menipu. Ini  telah membuktikan kredibilitinya Najib Razak sebagai PM telah mula goyah, hanya tunggu masa untuk jatuh. Perbuatan ini telah membuktikan Najib Razak ketika ini amat terdesak untuk meraih undi untuk memperkukuhkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Tidakkah anda berfikir untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang cukup terkenal dengan sikap penipunya. Adakah anda sanggup mempertahankan insan sebegini sebagai pemimpin kita??saya rasa pemimpin ini perlu dijatuhkan segera sebelum banyak lagi projek-projek dan pembangunan negara ditipu beliau. Disini saya menyeru kepada para pembaca, anda sebagai rakyat malaysia yang layak mengundi, Jatuhkan rejim yang sedia ada sekarang demi negara yang cintai.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh
   
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit