(LIVE) Program Meet Anwar Siri 5

| comments

Jam 2.50 petang, AIC sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Anak-anak muda yang sedang membanjiri hotel Di Palma Ampang.
Ruang Dewan Ballroom 1 kini mula dibanjiri anak-anak muda dan jemputan yang  turut ingin serta dalam program  Dialog Anak Muda Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tujuan Program ini adalah untuk anak-anak muda lebih mengenali Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan juga penasihat ekonomi bangi negeri selangor.

Kemaskini program akan diberikan dari masa ke semasa. dibawah adalah gambar-gambar yang diambik sekitar jam 2:45 petang tadi.



Yang Berhormat Nurul Izzah Ahli Parliment lembah pantai tiba ke progeram dialog anak muda pada jam 3.30 petang.


Presiden AIC menyampaikan ucapan mengalu-alukan ketibaan Yb Nurul Izzah dan menyampaikan sedikit kata aluan, beliau menyeru anak muda supaya lebih aktif dan tidak terkongkong dengan kekangan pemikiran.

Dialog anak muda dimulakan dengan sesi rapatkenal bersama Yb Nurul Izzah, beliau menceritakan sedikit pengalaman beliau semasa menjadi pelajar dan sedikit pengalaman bagaimana keterlibatan beliau dengan politik,



Lebih kurang jam 3.50 petang, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tiba untuk bersama-sama anak muda, Beliau kemudian memulakan majlis bersama anak muda itu dalam keadaan yang mesra dan ceria.

Bermulanya sesi dialog lebih kurang 1 jam tadi, Dato'Seri Anwar Ibrahim telah menjawab beberapa soalan dari anak - anak muda, beberapa soalan menarik telah diajukan dan telah dijawab oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim,( akan disiarkan kemudian) dan beliau masih menjawab beberapa soalan yang diajukan ketika ini.






XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit