(Bongkar) Kes Atltantuya Perlu Disiasat semula

| comments

Pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu telah sampai di penghujungnya apabila 2 orang anggota polis iaitu Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Dan tertuduh utama, Razak Baginda telah terlepas dari hukuman mati.

Tiba-tiba ada satu suara yang begitu lantang kedengaran yang menggesa pihak polis membuat sisatan semula terhadap kespembunuhan ngeri ini. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim. Yang menjadi persoalannya ialah kenapa kes yang ditutup perlu disiasat semula.
 
Menurut beliau, telah berlaku satu penyembunyian bukti material dan juga manipulasi ketika perbicaraan yang dijalankan. Ia telah membawa penganalisis politik Razak Baginda terlepas dari kesalahan pembunuhan tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak polis mempunyai kuasa untuk membuka semula semua fail yang berkenaan dengan kes tersebut untuk mencari bukti yang dikatakan telah disembunyikan. Ini bermakna tiada kuasa yang boleh menahan pihak polis untuk menjalankan siasatan termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Perbicaraan ini juga telah menimbulkan syak kerana motif pembunuhan tersebut tidak dinyatakan. Dalam sistem keadilan, motif juga penting untuk merujuk apa niat tertuduh membunuh mangsa. Ia berkait rapat dengan hal disebalik pembunuhan itu berlaku. Pembunuhan tersebut telah menimbulkan kontrovesi apabila hakim tidak menyatakan motif permbunuhan itu ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadap dua anggota polis.

Namun beliau telah menyatakan motif pembunuhan salah seorang daripada tiga tertuduh iaitu Razak Baginda. Motifnya ialah  untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut penganalisis politik itu. Namun, hakim berkata ia tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Tindakan mahkamah itu telah menimbulkan banyak persoalan adakah ia percubaan untuk melindungi pihak lain yang didakwa  terlibat dalam kes berkenaan. Selain itu, Abdul Razak kemudian dibebaskan oleh mahkamah pada Oktober 2008 tanpa diarah membela diri.

Adakah ini yang dikatakan perbicaracaan yang adil. Saya rasa badan kehakiman perlu dirombak semula untuk menjamin keadilan ditabur di bumi yang kita cintai, Malaysia.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit