Hawa Bangkit Menganjak Wanita Kehadapan

| comments

 Setelah Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) menubuhkan satu komuniti baru, Malaysia Bangkit baru-baru ini, Angkatan Mahasiswi Malaysia (HAWA BANGKIT) iaitu salah satu front baru  SMM akan melancarkan himpunan mahasiswi , HAWA BANGKIT di Bukit Bintang hadapan Menara Cube pada 10/03/12(sabtu) jam 2.30 petang.

Himpunan ini bertujuan untuk memperjuangkan hak-hak wanita yang semakin ditindas. Ia juga membawa maksud Hawa Bangkit menolak sekeras-kerasnya keganasan terhadap golongan wanita yang membawa  ramai wanita menderita. Ia disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Disebabkan inilah komuniti hawa bangkit menyelitkan isu ini dalam tuntuttan mereka.


Isu kedua yang mereka cuba bangkitkan ialah ingin membuka mata setiap ahli masyarakat tentang kewujudan wanita dalam perjuangan. Seperti yang kita tahu, hak wanita dalam perjuangan sering kali diketepikan di zaman global kini. Tetapi kita sering lupa tentang tokoh wanita dalam perjuangan di zaman Rasullah S.A.W. Sewaktu Perang Uhud, Rasulullah SAW melihat seorang wanita menghayun pedangnya dengan gagah perkasa melindungi baginda. Baginda memandang ke kiri dan sekali lagi melihat wanita itu melakukan hal sama, menghadang bahaya demi melindungi pemimpin dan orang-orang beriman. Kehebatan Nusaibah di medan perang melayakkan beliau menerima anugerah Ummu Umarah yang membawa maksud pahlawan wanita yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam. Inilah Hawa Bangkit mahukan, berganding bahu dengan lelaki bagi memastikan kelangsungan perjuangan.

Isu ketiga yang dibawa ialah menuntut hak dan penghormatan wanita dalam setiap perkara. Anda harus sedar kini kita bukan di zaman yang  mendiskriminasi gender wanita seperti zaman jahilliah. Hawa Bangkit merasa amat kesal apabila wanita di negara-negara maju seluruh dunia mencapai dan menikmati hak mereka, sedangkan di Malaysia masih berlaku sebaliknya. Tuntutan ini perlu bagi menjamin hak wanita sentiasa terpelihara dan merapatkan jurang gender, terutama dalam politik dan sektor pembuat keputusan.

Seperti yang kita tahu, aktiviti menindas wanita masih bergiat aktif. Sebagai wanita yang sedar akan kes ini, Hawa Bangkit menuntut agar birokrasi yang bertanggungjawab agar merencatkan aktiviti penindasan terhadap wanita. Seperti yang kita tahu wanita masih mengalami diskriminasi, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, ataupun di mana hak dan kepentingan wanita gagal dilindungi  sepenuhnya. Penindasan yang dihadapi wanita Penan adalah salah satu contoh terbaik sebagai bukti. Gadis muda Penan yang telah dieksploitasi sebagai bahan dagangan dan pemuas nafsu pihak berkuasa dan berpengaruh benar-benar sesuatu yang amat menyedihkan. Mereka juga menggesa agar tafsiran Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan diperluaskan dan tidak terlalu terhad, kerana ini membolehkan manipulasi dan penindasan hak kepada wanita secara keras dan memandang serius perkara ini dan melabelkannya sebagai jenayah disriminasi.

Isu kelima yang dibawa oleh Hawa Bangkit ialah memberi ruang kepada wanita untuk bebas bergerak aktif  dan bersuara lantang dalam apa jua perkara dan isu yang diketengahkan. Mereka ingin mengubah sikap dan minda masyarakat kita  ke arah satu sistem sosial yang lebih terbuka, adil dan saksama. Selain itu,mereka juga menuntut kedudukan saksama jantina dan prinsip rakan kongsi antara jantina perlu diperluaskan dalam masyarakat.

 Untuk pengetahuan anda, Hawa Bangkit juga membawa 9 tuntutan yang telah diuar-uarkan oleh Malaysia Bangkit baru-baru ini. Semua wanita mahupun lelaki dijemput untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut.Sekali lagi saya ulang, Perlancaran ini akan berlangsung di Bukit Bintang hadapan Menara Cube pada 10/03/12(sabtu) jam 2.30 petang. Ayuh rakyat kita hentikan diskrimnasi terhadap wanita demi menuju kearah Malaysia Maju 2020.

Kolumnis: Mulut Kecoh




Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit