Kerajaan Sarawak Menindas Rakyat Sendiri

| comments

Di Sarawak telah berlaku satu kejadian tindakan memberhentikan bantuan bulanan RM300 yang dikenakan kepada Pekebun OKU oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang. Tindakan ini telah membuktikan Kerajaan Negeri Sarawak amnya telah melakukan satu pencabulan hak yang sepatutnya diberi kepada Pekebun OKU.

Tindakan ini diambil  disebabkan punca yang tidak munasabah iaitu dikatakan pekebun tersebut disifatkan penyokong parti pembangkang. Persoalan saya ialah adakah jika menjadi penyokong parti pembangkang akan menyebabkan seseorang itu terlucut dari apa-apa keistimewaan yang diberi oleh kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional.

Bagi saya, tindakan yang diambil oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang lebih bersifat prejudis. Cara beliau mengambil tindakan tersebut telah menceritakan bahawa duit yang kerajaan negeri Sarawak perolehi adalah duit yang dimiliki oleh Barisan Nasional. Memalukan.

Datuk Mong Dagang perlu sedar duit yang kerajaan Sarawak perolehi itu dari mana hasil hasilnya kalau bukan dari rakyat Sarawak itu sendiri. Anda herus faham tentang kitaran wang yang berlaku diantara rakyat dan kerajaan. Jika anda fikir sejenak, duit elaun anda sebagai Menteri Muda Pertanian Sarawak pun dibayar oleh rakyat sebenarnya. Disebabkan itulah Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan ketika debat bersama Chua Soi Lek bahawa Pakatan Rakyat sedia dipergunakan oleh rakyat. Pakatan Rakyat sedar di dalam negara demokrasi bukan pemimpin yang menjadi raja, tetapi rakyatlah menjadi kuasa veto.

Kerajaan Sarawak telah melakukan satu penindasan kepada rakyatnya. Apakah Pengundi bagi negeri Sarawak mahu terus menjunjung kerajaan Barisan Nasional yang lebih bersifat memilih bulu  ini?? Bagi saya tindakan ini sudah melampaui batas. Ayuh Pengundi Negeri Sarawak jatuhkan rejim yang zalim ini sebelum rakyat menjadi lebih parah.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh

 


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit