Mahathir menipu terhadap Penangkapan OPS Lalang

| comments

Mengapa perlu menipu jika melakukan sesuatu kesalahan. Mengapa perlu menuding jari apabila kepada orang yang diperintahkan. Inilah soalan yang perlu dituju kepada Mahathir atas kesalahannya menahan aktivis-aktivis yang telah ditangkap melalui OPS Lalang.

Sebelum Ops Lalang dijalankan, Mahathir menyatakan beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah memberi jaminan sesiapa tidak akan ditangkap. Tetapi kenapa ada tangkapan yang berlaku ketitka himpunan itu berlangsung. Ini telah menjadi satu tanda tanya kepada seluruh rakyat ketika itu. Bagi saya Mahathir telah menipu untuk kepentingan politik beliau. Sungguh menyedihkan.

Selepas itu Mahathir telah menuding jari kepada pihak polis seterusnya menyalahkan Tun Mohd. Hanif Omar kerana telah membuat tangkapan tersebut. Sebenarnya PDRM diselia dibawah Kementerian Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Mahathir sendiri. Polis tidak akan membuat sebarang tangkapan jika tidak diarahkan oleh Menteri Dalam Negeri. Saya rasa Mahathir sudah nyanyuk agaknya sehingga boleh menyalah polis dalam kes berkenaan. Memalukan.

Berhubung kes yang sama, Lim Kit Siang telah menafikan Mahathir telah menemui mana-mana pemimpin parti politik berkenaan jaminan tiada tangkapan akan dilakukan. Menurutnya lagi, selepas setahun kemudian, Mahathir ada keluarkan kenyataan penahanannya dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah wajar. Apakah ini. Adakah ketika Mahathir mengeluarkan kenyataan, beliau dalam keadaan separa sedar sehingga boleh memutar belit sehingga tahap begitu.

Untuk pengetahuan anda, Jika benar tangkapan tersebut dijalankan, beliau ada mengeluarkan kenyataan berkenaan jaminan beliau, mengapa ada tangkapan bawah akta dalam negeri. Untuk menahan seseorang itu di bawah ISA, ia mestilah ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir sendiri. Jadi macam mana Mahathir boleh kata dia tak tahu menahu perkara itu dan polis telah bertindak di luar perancangannya atau lain dari yang ingin dilakukannya?

Kemudian, kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei itu adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak, akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Jika itu alasan yang dikeluarkan, Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak ditahan dibawah akta tersebut kerana telah menimbulkan isu perkauman kerana telah  berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya mancis api ketika itu. Kenapa Najib Razak tidak ditahan yang mengeluarkan kenyataan yang menyeru orang melayu untuk membasahkan keris dengan darah orang cina ketika itu di Stadium TPCA, Kampung Baru. Mengapa?? Ini jelas bahawa dizaman Mahathir telah muncul isu menjaga kroni atau memilih bulu.

Mahathir sememangnya banyak melakukan tindakan yang bercanggah dengan demokrasi termasuk penggunaan ISA, menarik balik permit akhbar, menyekat kebebasan rakyat memberikan pandangan, menyekat kebebasan bersuara dan menyekat kebebasan akhbar. Setelah sekian lama bersara, barulah Mahathir sedar kesalahannya itu dan mahu menutup kesalahannya dengan membuat kenyataan seperti itu, walaupun ia lebih memalukan dirinya sendiri.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh 

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit