Skandal NFC - Bagi duit dulu sebelum sain kontrak?

| comments


Pengerusi jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid memberitahu satu jumlah wang yang besar telah dikeluarkan kepada satu akaun "khas" untuk tujuan projek ladang penternakan lembu sejak tahun 2008 hingga 2009.

Namun yang peliknya, perjanjian bagi projek penternakan lembu yang dibiayai dana awam di Gemas, Negeri Sembilan itu hanya ditandatangani pada tahun 2010.

Persoalannya, bagaimana wang tersebut boleh disalurkan sebelum perjanjian ditandatangani?, apakah ada campur tangan oleh pihak kementerian Pertanian dan asas tani? dan apakah ada salahguna kuasa dilakukan oleh menteri yang berkenaan?

Ini kerana mengikut penjelasan pengerusi PAC lagi, proses tersebut seharusnya memerlukan kelulusan kementerian pertanian dan asas tani (MOA)

Atas dasar keraguan tersebutlah, Jingga 13 lebih kurang jam 10.30 pagi tadi telah hadir ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memohon siasatan dilakukan terhadap Bekas Menteri dan Menteri Pertanian dan Asas Tani berkaitan Penyaluran wang sebelum perjanjian dibuat antara MOA dgn NFC. apakah berlaku salah guna kuasa dalam proses pemberian projek yang melibatkan wang rakyat itu.


Ketua Koordinator Jingga13 saudara Fariz Musa dalam sidang medianya mempersoalkan perkara tersebut berdasarkan apa yang telah dilaporkan pada sesawang Berita Harian Online berhubung kenyataan Pengerusi PAC yang disiarkan pada 24 november lalu (klik sini).

Beliau juga menimbulkan pertanyaan, mengapakah projek besar yang melibatkan wang rakyat itu diberikan kepada keluarga syarizat sedangkan tiada seorang pun ahli keluarga syarizat punya pengalaman dalam ternakan lembu.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit