Pendedahan Wikileaks , Umno dan Buku Jingga

| comments


Wikileaks sebelum ini telah mendedahkan Kes Fitnah II hanya konspirasi politik

Berdasarkan kebocoran maklumat dari kabel diplomatik Amerika Syarikat ,Anwar tetap akan didapati ‘bersalah’ kerana meliwat – hukuman kedua dalam tempoh 10 tahun.

Kabel itu juga melaporkan, Najib dan pemimpin utama Umno akan melakukan apa sahaja supaya pendakwaan terhadap Anwar ‘boleh diterima’.



Mengikut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasi sebagai sulit oleh Mark D Clark – kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat mereka ialah memenjarakan Anwar dan menyingkirkannya dari politik.

Ini disokong oleh beberap kenyataan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Dari awal lagi, kita lihat kes perbicaraan pincang. Ia hanya perbicaraan politik demi memastikan Anwar yang dianggap sebagai musuh dipenjara, 

 Kalau betul Najib tidak terlibat, kenapa enggan ditemu bual peguam? Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula tidak mampu bertentang mata tegas Pengarah Komunikasi KEADILAN itu lagi.

Ini menunjukkan Umno terus memperkuda institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit mereka, demi survival parti waris penjajah itu.




Sehubungan dengan itu, naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, penguasaan Umno harus ditukar lantaran Datuk Seri Najib Razak sehingga kini enggan berubah dan memperbaiki kepercayaan rakyat pada badan kehakiman negara ini..

“Sudah tiba masanya pemerintah ini diubah dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai peneraju baru negara bersama dasar pro rakyat,

Memperalat institusi kehakiman bukan baru. Ia sudah pun berlaku sejak era Tun Salleh Abbas lagi. Sudah tiba masanya Buku Jingga dilaksana,” katanya ketika dihubungi.

Mengikut Buku Jingga, mereformasikan institusi kehakiman adalah isu pertama yang akan dilaksana dalam tempoh 100 hari pertama Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.



@TUKANGLAWAN saran kita laksana  buku jingga... buku kecil yang sangat ditakuti umno.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"




Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit