Tukang lawan terjumpa satu video dan salah satu babak didalanya sangat menyentuh hati, dimana seorang tua yang dikenali sebagai Shuhardi mohd sedang mengelupur kekejangan , Dalam kejadian malang itu mangsa terpaksa bertarung nyawa dengan keadaan tangan terikat selama lebih 30 minit.
Manusia jenis apakah yang sanggup menggari orang yang sedang bertarung nyawa, ini tindakan ala yahudi, asuhan rejim umno apco, kita cabar anggota yang melakukan itu tampil pohon maaf pada rakyat Malaysia dan meletak jawatan , kerana dia sudah tidak layak lagi menjaga ketenteraman awam, dia tidak layak menjadi anggota polis kerana berhati binatang, dan ketahuilah , tindakan anda itu dikecam sekalian manusia.
lihat video dibawah, bermula pada minit ke 7:35 dimana seorang anggota polis mula menimbulkan ketegangan, mula mengejar orang ramai pada minit ke 7:55 dapat dilihat terdapat body touch antara anggota tersebut dengan warga tua itu sebelum warga tua itu terjatuh.
lihat video dibawah, bermula pada minit ke 7:35 dimana seorang anggota polis mula menimbulkan ketegangan, mula mengejar orang ramai pada minit ke 7:55 dapat dilihat terdapat body touch antara anggota tersebut dengan warga tua itu sebelum warga tua itu terjatuh.
Didalam video itu juga dapat dilihat seorang anggota polis yang ingin membantu dihalang oleh rakan setugasnya, saya puji sesetengah anggota polis yang masih ada rasa perihatin pada orang awam, mereka mungkin sedar akan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka begitu besar , mereka yang ini mungkin masih berpegang pada Islam, tanggungjawab dan fardu ain,
Namun bagaimana dengan anggota polis yang terlalu taksub dengan arahan pemimpin mereka, yang mengikut arahan tanpa berfikir baik buruknya, lantas lebih teruk lagi, wang gaji dari hasil menganiaya rakyat diberi makan untuk anak isteri ibu dan bapa mereka.
Untuk mendapatkan gambaran jelas apa sebenarnya terjadi dalam peristiwa itu, sila tonton video dibawah, ini adalah gambaran yang lebih jelas tentang apa yang tejadi
Sila lompat ke minit 8.48
Sila lompat ke minit 8.48
KRONOLOGI
8.58 – Shuhardi Mohd Sesak nafas kerana ditembak gas pemedih masa sebelum itu, tangan beliau telah diikat kebelakang dan bertarung nyawa dalam keadaan tersebut
9.07 – Dapat dilihat dengan sangat jelas tangan warga tua yang sedang bertarung nyawa berkenaan diikat kebelakang sepatutnya ikatan itu harus segera dilepaskan dalam keadaan seperti ini
9.20 – Beberapa orang awam mendesak polis supaya segera membuka ikatan tangan warga tua berkenaan, namun mereka tidak cuba lakukan sesuatu, mereka Cuma pandai menangkap, mengari namun tidak mahu dan tidak usaha membuka kembali. Mereka juga bertindak kurang ajar bila meninggikan suara kepada orang awam
9.30 – Polis masih lagi hanya melihat tanpa mahu membantu, orang awam cuba sedaya upaya membuka ikatan warga tua yang sedang bertarung nyawa itu.
10.05-Ikatan tangan berjaya dibuka oleh orang awam yang berusaha menyelamatkan warga tua berkenaan, polis masih panik dan tidak mampu melakukan apa-apa.
10.19-Seorang anggota polis yang sedar tanggungjawabnya cuba mendapatkan bantuan melalui talipon bimbit, anggota polis lain masih panik dan tidak mampu melakukan tugas dan tanggungjawab yang seharusnya mereka pikul.
10.35 –kelihatan beberapa kereta peronda tidak jauh dari tempat kejadian, mereka tidak memberi bantuan.
10.42 – Sebuah land rover polis melintas, namun tidak ditahan anggota dan tidak berhenti beri bantuan
11.15- warga tua berkenaan dibawa dengan kereta polis, setelah lama menanggung kesakitan,
Apa yang dapat anda simpulkan dari video diatas? Bagi tukanglawan terlalu banyak kelemahan pihak polis dapat kita lihat, antaranya
1- Mereka tidak bersedia betugas kerana mereka dibebani dengan tugas yang mereka sendiri tidak faham, ini dapat dibuktikan dalam kes ini, mereka terpinga-pinga tidak tahu apa yang harus dilakukan, mereka tidak bersedia.
1- Mereka tidak bersedia betugas kerana mereka dibebani dengan tugas yang mereka sendiri tidak faham, ini dapat dibuktikan dalam kes ini, mereka terpinga-pinga tidak tahu apa yang harus dilakukan, mereka tidak bersedia.
2- Kebanyakkan mereka tidak profesional dan tidak mampu bertindak dalam situasi yang sangat mendesak, mereka masih lagi kasar , dan mereka hanya duduk berkumpul tanpa melakukan apa-apa, seharusnya dalam situasi ini, mereka memberi keutamaan dalam menyelamatkan nyawa warga tua tersebut
3- Mereka hanya pandai mengertak, menangkap , menggari namun mereka tidak punya keupayaan membuka ikatan iaitu sesuatu yang amat perlu dalam sesetengah keadaaan, jelas sekali mereka ini dilatih untuk menakutkan orang awam, mereka ini tidak layak dipanggil anggota polis, gelaran yang elbih layak mungkin “samseng polis”
4-Majoriti anggota ini kasar dan tidak pandai menghormati orang, percayalah, hati mereka ini sudah mati, Cuma segelintir sahaja lagi yang harus dipuji, mereka ini polis, Cuma yang lain itu balaci rejim umno apco. Jelas polisi membentul polis sudah tersasar jauh, polis seharusnya mereka yang sangat bijak, lembut dan sopan, tidak kasar dan disenangi dan dihormati masyarakat , apabila polis ditakuti dan dibenci, masyarakat akan menjauhi polis.
5-perdana menteri, dan menteri dalam negeri serta Ketua polis Negara , timbalannya dan beberapa pegawai tertinggi polis harus letak jawatan kerana kegagalan mereka menangani situasi ini, mereka memberi arahan yang menjadikan himpunan aman menjadi seperti ini, sepatutnya mereka tidak menghalang himpunan ini seperti mana yang telah termaktud dibawah
najib, hisyamuddin IGP dan timbalannya harus disalahkan atas apa yang terjadi, anggota yang merasa mereka bertanggungjawab atas kesesangsaraan rakyat yang berjuang juga untuk kebaikan kamu dimintak segera bertaubat, rezeki ditangan ALLAH, bukan najib yang beri, kekuasaan bukan pada ketua kamu, Kuasa sebenarnya pada ALLAH, malulah kamu kepada apa yang telah kamu lakukan. Dan tahniah buat beberapa anggota polis yang bersikap professional dengan tahu apa yang harus mereka lakukan. Hanya Allah yang akan balas kebaikan hati kamu.
@TUKANGLAWAN Tanya polis, Tidak kah kamu malu dengan apa yang telah kamu lakukan.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, Polis dipergunakan untuk kepentingan mereka
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.