Angkatan Muda KEADILAN, (AMK ) mengambil inisiatif melancarkan ‘Program Jelajah 709: Kita semua Baharudin’ (We all Baharudin) ke setiap negeri dalam menjayakan rangka kerja penerangan di semua peringkat AMK.
Program tersebut akan dijalankan selama 30 hari merangkumi pelbagai aktiviti termasuk ceramah penerangan dan edaran risalah tawaran Pakatan Rakyat.
“Kita buat ketetapan untuk melancarkan ‘Program Jelajah 709: Kami semua adalah Baharudin’ akan kita mulakan sepanjang bulan Ramadhan mulai 1 Ogos ini,” kata Shamsul lagi
.
“Program itu santai. Pada siang hari kita akan adakan aktiviti mengedar risalah dan memberi penerangan kepada rakyat setempat.
“Manakala sebelah malamnya lebih kepada program keagamaan memandangkan ianya dijalankan bulan puasa,”
Jelas Shamsul lagi selepas mempengerusikan mesyuarat Exco AMK bulanan di Ibu Pejabat KEADILAN.
@TUKANGLAWAN Sambut baik program ini, satu penghormatan kepada wira bersih 2.0.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.