Beliau tidak diminta untuk diangkat menjadi seorang wira, tidak minta disanjung dan dipuji, namun kerana kebaikan budi dan keluhuran hati dan keiklasannya , seorang watak lelaki yang cuba digambarkan ganas akhirnya diangkat menjadi wira, begitulah kehendak ALLAH s.w.t
Berbeza dengan gambaran 'perusuh' yang dipotretkan - bertubuh sasa, berseluar celoreng ala tentera dan mengharungi gas pemedih ketika orang lain bertempiaran lari - Abdul Razak Endut hanyalah lelaki biasa yang merendah diri.
Tukang kasut yang selesa dipanggil "ajak" ini mencari rezeki di sudut kecil depan kedai pakaian lama atau bundle milik abangnya berdekatan stesen bas Temerloh itu adalah antara beberapa 'watak kecil' yang menjadi perhatian selepas aksi mereka dipotret lensa kamera pada perhimpunan BERSIH 2.0
Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".
Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".
Mungkin ramai yang hairan dan bertanya bagaimana Abdul Razak mampu bertahan mengharungi kepulan asap daripada gas pemedih mata yang tebal.
"Saya juga sesak nafas juga, abang. Tetapi dah saya ditugaskan clear tempat itu". jawab beliau
"Bila gas dilepaskan, saya tengok belakang saya semua orang tua-tua semua. Takkan saya hendak lari," kata aktivis muda PAS itu.
"Saya sayang kawan-kawan saya," katanya sambil mengakui sudah beberapa kali memegang kanister dan melontarkan ke kawasan lapang dalam beberapa perhimpunan sebelum ini.
Ternyata ini hero sebenar yang kita cari, bertubuh sasa namun lembut budi bicara, berpegang pada amanah dan sedar tanggungjawab yang diberikan, bukan seperti sesetengah anggota polis yang berlagak wira, namun sebenarnya tidak lebih dari seorang penyagak murahan.
@TUKANGLAWAN Tahu arus perdana sudah habis cerita mahu putar, elok najib, menteri keris dan ketua polis letak saja jawatan.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.