LYNAS - Rintihan hati Ryan Albrey

| comments



Ryan Albrey seorang anak muda dari Australia yang perihatin kepada alam sekitar, membongkar rahsia kenapa kilang LYNAS dibina di malaysia,

Nick curtis iaitu Ketua pegawai eksekutif syarikat yang mengendali projek lynas di gabeng kuantan ini juga pernah diwawancara di sebuah stesyen penyiaran negara itu, memberikan alasan yang dapat disangkal oleh anak muda ini, alasan seperti terdapat bekalan air tawar, tenaga buruh yang bijak dalam pengurusan kilang tersebut dan keterdapatan bekalan kimia untuk projek ini, faktor-faktor itu juga terdapat lebih banyak di Australia sendiri.

Ryan Albrey memberikan 2 sebab sebenar kenapa kilang pemprosesan ini mahu dibina di malaysia iaitu

1- Rakyat Australia sendiri tidak akan membenarkan projek ini dijalankan di negara mereka


2- Pelepasan cukai selama 12 tahun kepada kilang pemprosesan Lynas ini dari kerajaan malaysia

Menurut beliau lagi kilang seumpama ini akan mengeluarkan sisa buangan yang sangat bahaya, mengambik contoh apa yang berlaku di bukit merah akibat sisa thorium yang mengeluarkan radiasi.

benar kata Ryan Albrey, mane mungkin penduduk sekitar kilang ini dapat manafaat, jika syarikat ini tidak membayar walau satu ringgit pun cukai.

Dan Anak muda ini sekali lagi mahu kita berfikir, kenapa rakyat malaysia mahu menerima kilang ini, padahal rakyat Australia sendiri menolak pembinaan kilang Lynas.

@TUKANGLAWAN Rasa, najib mungkin rasa dia betul bila meluluskan pembinaan ini, Menteri besar pahang tentu besar hidung bila mengusulkan perkara ini, mereka akan dianggap membawa pelaburan masuk, tapi mereka ini lah menteri-menteri yang bodoh dan bebal, kamu tidak membawa pelaburan masuk, yang kamu bawa ialah bencana.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit