KEADILAN dan Pakatan Rakyat telah mengadakan program sempena Hari Pekerja 1 Mei ini dengan tema ‘Raikan hari pekerja, amati Buku Jingga’
Menurut Abdullah Sani, antara tujuan program itu bagi memastikan tuntutan gaji minima benar-benar dilaksanakan kerajaan sebagaimana yang dituntut kesatuan sekerja sejak dahulu hingga kini.
“Pekerja sehingga kini terus tertanya-tanya, apakah status tuntutan gaji minimum. Jawapan kerajaan setiap kali diajukan mengenainya hanya menyatakan ‘kita akan kaji dan bentang pada mesyuarat kabinet’.
“Bila kita tanya, bila akan dibentang, tiada jawapan diberikan. Ini bukti jelas kepentingan pekerja di Malaysia bukan agenda Barisan Nasional (BN),” katanya lagi
Pada muka surat 23 Buku Jingga, di bawah dasar bersama Pakatan Rakyat, antara lain berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
Selain itu ia juga akan memperkenal Akta Peluang Saksama bagi memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua rakyat, sekiranya gabungan itu mengambil alih Putrajaya.
Malah, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali menegaskan dalam ceramahnya bahawa Pakatan Rakyat tetap menurunkan harga Minyak sebaik membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU).
Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat menjelaskan, program itu juga bagi mendesak kerajaan menurunkan harga barang yang kian melambung dari semasa ke semasa.
“Samada kerajaan Persekutuan suka atau tidak, kenaikan harga barang cukup memeritkan majoriti rakyat di negara ini yang kebanyakannya golongan miskin.
“Setiap sen kenaikan harga barang bermakna penurunan berangkai bagi pendapatan golongan pekerja khasnya gaji yang kekal rendah,” jelasnya.
Sehubungan itu, katanya, Buku Jingga amat penting untuk diamati seluruh rakyat Malaysia
“Kandungan Buku Jingga amat sesuai dengan tuntutan penurunan harga barang, gaji minimum dan pelbagai keperluan rakyat Malaysia.“Sebab itu, program ini kita namakan sedemikian rupa,” katanya lagi.
Abdullah Sani yang mewakili KEADILAN akan bersama-sama wakil PAS, DAP yang terlibat mengenai hal ehwal kebajikan pekerja di negara ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka awal Mei ini bagi memperincikan pelaksanaan program tersebut.
“Alhamdulillah, setakat ini, semuanya berjalan lancar dan kita berharap golongan pekerja konsisten membaca, memahami dan membantu mempromosikan agenda Buku Jingga demi manfaat seluruh rakyat,” katanya yang juga bekas Naib Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
@TUKANGLAWAN mintak semua orang baca dan nilai buku jingga, takkan kita masih mahu berdiam dengan tekanan hidup sekarang nei, rakyat semakin tertindas, kekayaan negara dibolot dan tidak sampai pada kita. jom tawan putrajaya PRU13
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.