Nurul Izzah ketuai penduduk hantar Kondo petisyen bantahan

| comments




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mengetuai penduduk Kondominium Contessa, Bukit Bandaraya menghantar petisyen bantahan terhadap pembinaan sebuah pangsapuri di Jalan Kapas dekat sini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
Menurutnya, tindakan itu diambil kerana wujudnya projek pembinaan satu blok kondominium 10 tingkat dengan sembilan unit yang sedang dijalankan oleh pemaju, sedangkan masih belum mendapat lesen untuk pembinaannya.

Kami tidak pernah menghalang kerajaan untuk melakukan pembangunan, tetapi kerajaan perlu utamakan keselamatan memandangkan kawasan tersebut di lereng bukit dan terlalu dekat dengan cerun,” katanya ketika sidang media di DBKL di sini hari ini.
Memorandum bantahan itu diterima Pengarah Perancangan Bandar, Mahadi Che Ngah yang memberi jaminan beliau akan berjumpa dan memberi amaran keras kepada pemaju berhubung bantahan penduduk di kawasan itu.

Menurut Izzah, kerajaan perlu mengambil iktibar daripada beberapa tragedi tanah runtuh di kawasan berbukit dan berharap setiap bantahan penduduk diambil serius oleh pihak DBKL.
“Terlalu banyak tragedi yang berlaku sepatutnya diambil iktibar yang tidak perlu kita justifikasi kenapa kita bantah projek tesebut.Kita baru sahaja selesai dengan tragedi di Hulu Langat yang kita tahu berada di lereng bukit lebih kurang 35 darjah, di sini juga ada masalah yang sama.

“Apabila berlaku pembangunan yang tidak mengambil kira soal keselamatan dan persekitaran, kesannya akan berlaku kepadatan yang terlalu tinggi. DBKL tidak boleh ambil mudah dan bukan kali pertama kita bawa kes seperti ini.Saya berharap bantahan itu bukan sekadar disimpan sebelum pembangunan diluluskan.
“Kata putus terletak ditangan DBKL. Diharap beri sedikit maklum balas terhadap bantahan rakyat, maksudnya projek jangan diteruskan,” kata beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Sementara itu, wakil penduduk Kondominium Contessa, Christopher KL Shun turut menyuarakan kebimbangan berhubung pembinaan kondomium tersebut.
“Kami berhak mendapat maklumat, termasuklah laporan penilaian kesan alam sekitar, kajian lalu lintas di kawasan kami dan kajian kecerunan bagi tapak tersebut, ” kata beliau yang ditemani lebih kurang 10 orang wakil penduduk.

@TUKANGLAWAN Takut tragedi tanh runtuh berulang kembali, lebih malam nyawa tidak berdosa menjadi mangsa seperti di Hulu langat tempoh hari
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit