SHAH ALAM, 28 Mei 2011, Satu laporan polis terhadap Blogger umno terkenal PAPA GOMO telah dibuat oleh "Harapan rakyat" di IPD Shah Alam siang tadi.
Laporan polis itu dibuat oleh "Harapan Rakyat" atas ugutan bunuh oleh PAPA GOMO terhadap beliau menerusi laman sosial facebook pada 20 mei dan 22 mei lepas.
Menurut "Harapan Rakyat" laporan polis ini dibuat kerana merasa bimbang dengan keselamatan keluarga beliau,
"Saya amat risau keselamatan diri dan keluarga saya selepas menerima ugutan bunuh dari PAPA GOMO dan berharap polis dapat memberi jaminan keselamatan kepada saya dan keluarga saya, ancaman PAPA GOMO ini perlu diberi perhatian serius oleh polis dan siasatan segera perlu dijalankan" , kata "harapan rakyat" lagi
Fariz Musa iaitu Ahli MPP PKR Pusat & Azmizam Naib Ketua AMK Malaysia, turut mengiringi pengadu membuat laporan polis tersebut,
"Tindakan ini keterlaluan dan pihak polis diharap menjalankan siasatan segera terhadap PAPA GOMO, ugutan bunuh bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan, ianya adalah jenayah serius, polis diharap dapat memberi jaminan keselamatan terhadap pengadu" Ujar fariz musa lagi.
"PAPA GOMO adalah seorang blogger umno yang sangat terkenal, adakah seseorang yang dijadikan tempat rujukan oleh orang-orang umno bersikap begini, ini amat memalukan, akhlak dan percakapan orang sebegini tidak harus dipercayai", ujar Azmizam kepada media yang sama membuat liputan siang tadi.
@TUKANGLAWAN Amat kesal dengan tindakan Blogger terkenal umno itu, adakah perbezaan ideologi politik menghalalkan PAPA GOMO membuat ugutan bunuh dan menakutkan penyokong-penyokong pakatan rakyat. polis diminta bertindak adil dalam menangani perkara ini, bukan melindungi blogger tersebut dan menjadikannya kebal dari tindakan undang-undang kerana dia ialah blogger umno.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.