Pesuruhjaya Suhakam bidas kenyataan polis

| comments


Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan pihak polis mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.

Jom tengok video bawah nei


Kenapa pulak jadi macam tu.mesti ada yang tak kena sampai pesuruhjaya suhakam tu bidas pihak polis, takkan saja-saja kot.

Terdahulu pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk, polis juga menegaskan kononnya tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.

La, macam mana pulak tu, dalam video tengok berapa orang budak je yang datang kacau, takde pun dalam video tu penduduk kampung yang ramai-ramai datang bantah, muka budak gangster dan kawan -kawan dia yang macam baru habis sekolah tu adalah.

Lagipun kenapa pulak polis kata takde yang tercedera, yang sorang sampai kene bawak ke hospital tu kenapa, nak bawak jalan-jalan ke?. patutlah pesuruhjaya suhakam marah. polis cakap tak ikut fakta.

Penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam siang semalam juga mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut.

Betullah kata Mohd Sha'ani Abdullah  "standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka"

Jadi kalau polis cuba sorok fakta, tak profesional la tu, mana boleh macam tu, kene cerita pada rakyat hal sebenar kan.

Jadi secara mudah nak faham kenapa dia marah dan naik angin mungkin sebab pihak polis seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, dan membiarkan mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan, kiranya polis nak beritahu kita semua, serangan malam tu tak salah, macam tu kot..

# Baca artikel berkaitan

Gempar ceramah ABU diganggu
Video budak tadika buat kacau
Lapor pada polis gangguan ceramah ABU
Gangster jalan kebun ditangkap polis



Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit