Memaparkan catatan dengan label Shahrizat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shahrizat. Papar semua catatan

Keadilan Cadang Kenakan “jaminan peribadi” Terhadap shahrizat jalil Dan Keluarga Untuk Dapatkan Kembali RM250 Juta.

| comments

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;

2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;

3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;

4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.

Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” (“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.

Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan “jaminan peribadi” atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.

KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
16 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

PKR dedah bukti keluarga Shahrizat terlibat pemindahan wang haram

| comments

PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti terbaru pemindahan wang haram melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) lembu.

 Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture — sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat — yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif.

Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC.

Bagi mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Rafizi mengemukakan satu invois bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd (SEALS), yang berpusat di Darwin, kepada Global Biofuture bagi menguatkan buktinya berlaku pemindahan tersebut.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Yang membayar invoisnya adalah NMLC tetapi bukannya Global Biofuture. Perkara ini terang-terang menyalahi undang-undang kerana ini bermakna NMLC sebenarnya telah membayar invois satu syarikat lain dan pengarahnya perlu didakwa kerana membuat pembayaran secara tidak sah walaupun syarikat itu dimiliki oleh orang yang sama.

“Perkara ini jelas menunjukkan ia telah melanggar Akta Syarikat dan berlakunya pemindahan secara tidak sah, ini bermakna ia melanggar AMLA,” kata Rafizi.

Ekoran urusniaga yang meragukan ini berlaku, Rafizi meminta penjelasan samaada keluarga Shahrizat mengaut untung dua kali dalam pembelian lembu-lembu dari luar negara yang dibekalkan kepada NFC, apakah Global Biofuture mengaut untung atas angin dengan mengenakan margin apabila ia menjual pula lembu-lembu kepada NFC dan mengapakah NFC tidak boleh membeli terus lembu-lembu tersebut dari pembekal tanpa melalui orang tengah yang kebetulannya pula dimiliki keluarga Shahrizat.

Walaupun tidak memiliki bukti untuk menunjukkan hubungan NFC dengan Global Biofuture secara langsung, Rafizi tetap mencabar NFC untuk menafikan dakwaannya memandangkan banyak keraguan di dalam transaksi yang berlaku melibatkan MNLC.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Shahrizat menghadapi dua dakwaan kes pecah amanah dan dua kes melanggar Akta Syarikat membabitkan wang melebihi RM49 juta hari ini.

Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di Komplek One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat ands Livestock Corporation dari 5 Mei hingga 16 Nov 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

Perkara ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Akhirnya Suami Sharizat Akan Diusung Ke Mahkamah

| comments

Akhirnya Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail diusung ke mahkamah, empat pertuduhan salahlaku dikenakan ke atas dirinya.

Dua daripada pertuduhan itu adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.

Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC, Ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965. walaupun ini adalah dana yang diberikan untuk meningkatkan bekalan daging dalam pasaran tempatan, tetapi jelas dana tersebut telah diselewengkan.

Jingga13 yang sebelum ini bertanggungjawab membuat laporan kepada SPR dan Polis melahirkan rasa gembira atas perkembangan ini, disamping itu juga mengharapkan perbicaraan yang adil dapat dilaksanakan dengan adil tanpa mengira status tertuduh sebagai suami kepada "BEKAS" seorang menteri.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan. (syarikat anak beranak)

Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Anak pasangan itu Wan Shahinur Izmir membayar wang ikat jamin, kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini.

Isu NFC timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan yang ternayata telah gagal.

# Selepas skandal NFC yang melibatkan keluarga Sharizat, Skandal apa pula akan dibongkar selepas ini?, Jom tumbangkan Bn untuk bongkar salah laku mereka.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kenyataan Media AMK Isu "Letak Jawatan" Sharizat

| comments

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia
11 Mac 2012

Pengunduran Shahrizat bukan remedi buat Najib

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat April hadapan.

Pengunduran Shahrizat ini sekaligus mengiyakan segala siri pendedahan KEADILAN mengenai skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang terbukti gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.

Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau. Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.

AMK menegaskan bahawa, walau apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat ini, ia sekaligus bukan titik noktah kepada segala pendedahan dan akauntabiliti beliau selaku pihak yang terlibat dan Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

Budaya melafaz sumpah, meminta maaf, membuat penafian dan meletak jawatan tidak seharusnya menjadi remedi kepada Umno-BN. Itu tidak menghalalkan segala bentuk penyelewengan yang telah berlaku melibatkan wang rakyat. Mereka yang bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan. Siasatan dan pendakwaan harus dilakukan segera, dan sekiranya terbukti jelas berlaku penyelewengan wang awam dan salahguna kuasa di dalam skandal NFC ini.

AMK juga percaya, ini tidak seharusnya memalitkan Shahrizat seorang sahaja. AMK melihat ramai lagi Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta pimpinan Umno-BN yang harus bertanggungjawab atas salahguna wang rakyat dan salahguna kuasa atas kapasiti kerajaan yang memerintah. Puluhan malah ratusan pendedahan berfakta yang dibuat oleh pembangkang, yang sehingga ke hari ini gagal dijawab oleh pimpinan Umno-BN. Dan ini membawa konotasi jelas, mereka yang terlibat dalam kes-kes ini, seharusnya juga meletak jawatan.

AMK mendesak Dato’ Sri Najib agar bertanggungjawab secara kolektif mengenai hal ini. Dan tidak keterlaluan untuk disebut, sekiranya kebertanggungjawaban ini tidak ditunjukkan oleh Umno-BN, maka kuasa undi rakyat akan dimanfaatkan dalam PRU-13 akan datang untuk memecat Umno-BN daripada mengemudi Malaysia tanpa sebarang kompromi.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia








Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Akhirnya Sharizat letak jawatan.

| comments

Akhirnya Sharizat akan meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan. khabarnya Sharizat akan mengugumkan perkara itu dalam masa terdekat pada hari ini.

Najib juga sebelum ini telah mengulas perkara itu, katanya kedudukan sharizat itu diumumkan oleh pada masa yang sesuai.

Berita perletakkan jawatan sharizat juga telah mula dimainkan beberapa portal,



Apakah selepas ini isu NFC akan dapat disenyapkan, atau lebih banyak skandal pemimpin umno akan dibongkar selepas ini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit