Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan

Hassan Ali dikutuk lagi.

| comments



Dalam satu surat terbukanya, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang telah menyelar Hasan Ali yang dilihat menggunakan pentas ceramah untuk menjaga kepentingan politik murahannya bagi meneruskan survival politik beliau.


Tindakan ini disifatkan oleh Presiden Kongres Melayu Pulau pinang itu sebagai sangat memalukan orang-orang melayu.

Lanjutan dari kenyataan Hasan Ali yang tidak mengambilkira soal integritikaum telah mendatangkan situasi panik dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk, hasan Ali jugadiminta cermin diri sendiri sebelum menagih simpati dari rakyat atau menggunakan alasan dianiayai

Dibawah adalah surat dimaksudkan.

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan oleh Dato Dr. Hasan Ali yang dibuatnya di Bandar Baru Bangi bahawa terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu terutamanya Pakatan Rakyat yang kononnya berhasrat untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara republik serta menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Lanjutan dari kenyataan beliau yang tidak mengambilkira soal integritikaum telah mendatangkan situasi panik dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk ini.

Apakah kenyataan tersebut dibuat bagi kepentingan politik murahan demi bagi tujuan meneruskan survival politik beliau? Ianya sangat memalukan orang-orang melayu.
KMPP menilai situasi Dato Dr. Hasan Ali sekarang lebih menonjol dan bebas mengeluarkan kenyataan yang melampaui keraguan munasabah kerana terdapat immuniti yang diberikan disamping mendapat liputan daripada pihak media tempatan.

Gara-gara dipecat dari Parti PAS maka kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin menerusi anjakan motivasi untuk mencari publisiti.

Kenapa sewaktu beliau masih bersama PAS dahulu perkataan “PARASIT” tidak digunakannya dan hanya setelah dipecat barulah pemimpin professional Islam ini melabelkan perkataan tersebut secara drastik?

Kenapa perlu tunggu hingga dipecat baru bertindak dan tidakkah situasi tersebut dilihat sebagai membalas dendam? Bekas exco ini sepatutnya melepaskan jawatannya terlebih dahulu dalam Kerajaan Negeri Selangor jika sudah tahu bahawa ada seteru dari Parti PAS yang menghalangnya dari melaksanakan hukum Islam.

Cerminlah diri sendiri sebelum menagih simpati dari rakyat atau alasan dianiayai.

Jika beliau berpendapat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berasaskan kepada khabar angin dengan hasrat untuk menakutkan rakyat di negara ini maka ini bermakna beliau menggali lubang sendiri.

Jangan menjadikan agenda Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu sebagai perisai bagi tujuan menyatupadukan melayu dinegara ini, tetapi pada masa yang sama meraih sokongan bukan melayu diatas tiket JATI yang kononnya akan menjadi bentang ketiga dalam arenapolitik negara.

Situasi sebegini hanya akan ditolak oleh rakyat berfikiran waras.

Walaubagaimanapun pihak KMPP menyanjung tinggi hasrat beliau untuk mewujudkan satu NGO berbilang kaum yang dikenali sebagai JATI.

Namun kepada rakyat Malaysia soal tersebut tidak relevan serta sama sekali tidak penting. Yang lebih penting adalah harus ada sebuah Kerajaan yang dapat memberikan keutamaan kepada soal kebajikan serta ekonomi yang manpan kepada rakyat.

Rakyat lebih bijak menggunakan minda sebagai pengundi demi bagi memastikan hak mereka terpelihara daripada membuang masa mendengar motivasi yang akhirnya mendatangkan defisit kepada mereka.

Oleh yang demikian tanpa prasangka pihak KMPP mencabar Dato Dr. Hasan Ali menunjuk bukti bahawa negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara akan digugurkan.

Sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, kenyataan yang berteraskan khabar angin daripada seorang pemimpin professional seperti beliau adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Ianya hanya menyerlahkan sikap serta peribadi beliau yang sebenarnya. Maka rakyat boleh menilai siapakah sebenarnya Dato Dr. Hasan Ali.

Dalam masa yang sama pihak KMPP atas nama rakyat Malaysia turut mendesak agar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat khususnya Parti DAP dapat memberikan penjelasan serta jawapan yang terang apakah benar seperti mana didakwa oleh Dato Dr. Hasan Ali tersebut?

Apa jua penjelasan nanti akan dianggap sebagai janji oleh pihak Pakatan Rakyat yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

KMPP melihat kenyataan Dato Dr. Hasan Ali tersebut sebagai amat serius dan tidak boleh berkompromi kerana ianya melibatkan kesejahteraan kaum dinegara ini. Sesungguhnya inilah satu kenyataan berbentuk “PARASIT” daripada seorang pemimpin atau wira yang tidak didendang.

Sekian, terima kasih.

KONGRES MELAYU PULAU PINANG

.................
RAHMAD BIN ISAHAK
PRESIDEN (KMPP), (019-472 8509)


Surat tersebut juga menyatakan, tindakan Hasan Ali yang menggunakan pentas ceramah dan bertopengkan agenda Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu  hanya menyerlahkan sikap serta peribadi beliau yang sebenarnya. Maka rakyat boleh menilai siapakah sebenarnya Hasan Ali.

Nak tahu siapa sebenarnya Hasan Ali?, sila baca di sini



Penunggang motor jatuh jejambat ( video kemalangan)

| comments



Klip video yang akan anda lihat dibawah ini dirakamkan oleh kamera cctv di Ampang puteri. kejadiaan malang yang sempat dirakamkan itu menunjukkan seorang penunggang motosikal tercampak dan terjatuh dari jejambat susur lebuhraya lalu terpelanting jatuh ke lebuhraya dibawahnya.


Dalam saat ke 00.11 dapat dilihat penunggang tersebut merempuh penghadang lebuhraya tersebut, namun ketinggian penghadang itu tidak mampu menyekat penunggang tersebut dari tercampak melepasi penghadang tersebut.

Tidak dapat dipastikan apa yang telah berlaku kepada penuggang tersebut selepas tercampak jatuh ke laluan lebuhraya dibawah, kemungkinan penunggang tersebut cedera parah atau mungkin juga meninggal ditempat kejadian.

Kita tidak tahu punca kemalangan, mungkin kesalahan penunggang tersebut, jentera motosikal sekarang boleh dipandu laju, dengan teknologi terbaik ia menghasilkan tunggangan yang lancar dan selamat, tetapi jangan kita lupa, keadaan jalanraya juga memainkan peranan dalam menjamin tunggangan selamat.

Kejadian penunggang motosikal tercampak dan jatuh kebawah lebuhraya mungkin dapat dielakkan jika pihak berkenaan menetapkan ciri-ciri keselamatan lebih baik contohnya penghadang keselamatan dari keluli jaring lebih tinggi.

Mungkin jika pihak berwajib lebih perihatin kepada nasib penunggang-penunggang motosikal yang kebanyakkannya berpendapatan rendah dan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan pergi kerja, kemalangan seperti ini dapat dikurangkan kesan kecederaanya.

Mungkin jika penghadang dibina lebih tinggi, penunggang berkenaan hanya mengalami patah tulang, namun ketiadaan penghadang yang lebih tinggi dan sesuai penunggang tersebut sudah pasti menerima nasib lebih malang.

Inilah nasib rakyat Marhaen, tiada siapa benar- benar peduli.


 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit