Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

DJ Radio Disamun, Wang Hantaran Dilarikan.

| comments (1)

Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami detik cemas setelah disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara di sini awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian tersebut, mangsa Mohd Hermansani Aminudin, 29, yang memandu keretanya bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin di sini.

Menurut mangsa, ketika kejadian dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah tutup.

Namun ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan menjatuhkan motosikalnya di hadapan keretanya.

"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.

"Masa saya keluar dari kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini
.
Hermansani berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam dashboard keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini.

Menurutnya selepas menggeledah kereta kira-kira lima minit, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menolaknya ke belakang kereta. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu.

"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak dapat mengecam suspek kerana kedua-duanya menutup muka dengan topi keledar," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata. - BERNAMA



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Skandal RM40 Juta umno Sabah, Integriti Dan Reputasi Bank Negara Kini Dipertaruhkan

| comments (63)

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membuat laporan kepada Bank Negara menggesa bank pusat itu menyiasat hartawan balak Michael Chia dan beberapa pemimpin Umno berhubung dakwaan kemungkinan berlaku pengubahan wang haram.

Beliau mahu Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta "sumbangan politik", dan mana-mana pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut.

Ditemui selepas membuat laporan tersebut di Bank Negara di Kuala Lumpur, Rafizi berkata integriti dan reputasi bank pusat kini dipertaruhkan.

Kerana tindakan pantas Bank Negara sebelumnya berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang perbankan, maka Rafizi berkata, beliau merasakan orang ramai mengharapkan Bank Negara mengambil tindakan pantas yang sama mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001, terutamanya apabila kesalahan itu lebih banyak memudaratkan reputasi negara.

Rafizi sendiri telah didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun kewangan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation,
berikutan siasatan oleh Bank Negara.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Polis Tahan Suspek Buang Bayi Di Kangar

| comments

Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di Kangar awal hari ini.
  
Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.

Katanya polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.

Zull Aznam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

- Bernama
 
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kes Baling Batu Dipejabat DAP, Pelaku Jangan Tidur Lena.

| comments

Individu yang dipercayai membaling dua ketul batu besar di pejabat DAP Perak di Ipoh semalam pasti tidak boleh tidur lena, apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh kata rakaman CCTV termasuk milik jiran akan disemak dan jika terdapat bukti ianya akan diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian semalam  beberapa tingkap kaca pecah setalah dibaling batu emasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh telah dibuat.

Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat. 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tak Dapat Baling Cat, Dapat Bakar Bendera Pun Jadi

| comments

Kah..kah..kah, geram betul puak-puak umno dengan pakatan rakyat nei, tak tau la kenapa diorang ni sakit hati sangat, kalau tak sakit jiwa.. puak ni sebenarnya busuk hati agaknya.

Bayangkanlah, Kacau Tazkirah di masjid, bawak gerombolan upahan serang depan ibu pejabat keadilan, baling orang tua dengan batu bata, kacau majlis orang, kacau mahasiswa, dan banyak lagi, kalau nak cerita tak kan habis.

Ni menunjukkan diorang ni sekarang dah kepanasan, kelemasan, kembang dah kepala diorang memikirkan umno nak rebah, BN nak kalah. sebab tu masing-masing dah macam orang gila.

Agaknya sebab dah tak siuman nei la diorang bukan setakat merbahayakan diri diorang, tapi merbahayakan orang lain jugak, tak terfikir ke diorang ni kalau rakyat hilang sabar... kene keronyok ramaix2 satua pe dah tak guna dah... kalau dah kene keronyok 100-200 orang ketua pemuda umno ke.. ketua wira pondan perkasa ke boleh tengok je pun.

Ni satu lagi kes dekat labu negeri sembilan, bila baca nak gelak, agaknya geram sangat tak dapat simbah cat dekat bas, jumpa bendera PKR pun jadilah, depa bakar sebab hati busuk.. ape lagi.. kah..kah..kah... 



Bodoh betul pegi bakar, bawak balik buat lap meja lagi baik la... bangang....

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit