Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

Abby Abadi Sah Ahli PAS Seumur Hidup

| comments

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup malam tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.

Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.

Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Awas, Lebih ramai Artis Akan Sertai Pakatan

| comments

Kerana kemuakkan golongan artis kepada kerajaan sedia ada, mereka yang juga manusia biasa seperti kita akhirnya membuat langkah nekad dengan memutuskan untuk berjuang bersama pakatan rakyat.

Kebanyakkan mereka ini yang sudah lali dan masak dengan dunia glamour memutuskan untuk membantu Pakatan Rakyat dengan pengaruh yang ada pada mereka.

Benci melihat kerosakkan yang dibawa oleh umno ramai antara mereka akan bersama Pakatan Rakyat, perkara ini didedahkan oleh Hairie Othman dalam satu temu bual.



"tukanglawan" rasa elok benarlah begitu, golongan artis seharusnya selain menghiburkan peminat juga haruslah juga mampu menyumbang bakti kepada masyarakat.

Mereka yang sering jadi ikutan generasi muda seharusnya memimpin golongan muda kembali kepada landasan yang lebih baik. bukan sekadar berhibur dan hadir ke konsert K-pop yang dipelopori artis Umno.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Seorang Lagi Artis Mencari Keredhaan ALLAH

| comments

Haryati Hamzah (Yatt) telah hadir di Himpunan Hijau 2 Putrajaya peringkat Negeri Selangor, semalam.



Beliau walaupun bukan seorang Ahli PAS, menerima jemputan hadir dalam majlis itu untuk sama-sama berkongsi cerita penghijrahannya 3 bulan yang lalu untuk mencari redha ALLAH, beliau juga dalam himpunan itu meminta rakan-rakan dan peminat terus memberi sokongan dan mendoakan agar beliau istiqamah dalam menjadi wanita muslimah.

Yatt ialah seorang pelakon Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang pengacaraan & pemodelan. Wajah pemegang ijazah Kursus Komunikasi & Pengajian Media (Periklanan) dari UITM Shah Alam,sebelum ini telah berlakon dalam beberapa buah filem dan drama.

Beliau juga telah mengacarakan beberapa buah rancangan TV selain menjadi model beberapa Iklan komersial.


Pada himpunan semalam, beliau telah menperdengarkan bacaan sajak yang bertajuk Rintihah Mujahiddah.



Semoga Penghijrahan beliau berkekalan dan mendapat Redha ALLAH.. amin. buat gerombolan umno, jangan pula nak perlekeh beliau selepas ini, al-maklumlah gerombolan umno bukan suka sangat orang berhijran jadi lebih baik camnei, mereka lebih suka pada K-pop.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Lagi Artis Sertai PAS

| comments


Nampaknya AC Mizal makin pening. Sokongan untuk Abby Abadi makin bertambah. Kini Noryn Aziz bersama PAS. 



Dia menjadi tetamu Santai Bersama Selebriti 13 Julai 2012. Tahniah kerana sudi bersama PAS, semoga makin bersemangat.

Juga AC Mizal terpaksalah mendapat semangat Jamal dan Amy Search untuk berdebat dengan Abby Abadi.

Lagu-lagu Jamal Abdillah dan Amy Search masih sedap didengar walaupun mereka Umno. Kalau dari AC Mizal, bolehlah kita dengar debatnya.

Tahniah Noryn. Kini ingin menunggu giliran Nasha Aziz bersama PAS, insyaallah…dia tak akan seksi lagi!!

http://www.ekeleh.com/

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Pelakon Hairie Othman Ceramah Di Pentas Pakatan? (update)

| comments

Kita sudah tahu banyak Artis yang kebelakangan ini mula secara terang-terangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, Bermula dari Pak jabit yang sedari dulu memang ideologi politiknya bersama Pakatan Rakyat, kemudian kemunculan Bob Lokman di atas pentas PAS.

Kemudian beberapa artis lain menunjukkan kecenderungan menyokong pakatan Rakyat, antaranya Wardina Safiya, Arwahyarham Bob Kuman yang akhir hayatnya mendekatkan diri kepada Islam, penyanyi Aishah yang beberapa kali menceritakan pengalamannya atas pentas PAS, Abby Abadi dan Dayangku Intan.

Malah malam tadi bertempat di  Stadium PJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sham Kamikaze seorang pemain gitar yang disegani dalam industri seni tanah air bertindak moderator dalam satu program bersama Ustaz Azhar Idrus.

Ini membuktikan perjuangan Pakatan Rakyat tidak lagi asing dari golongan pengiat seni tanah air.

Kini seorang lagi Artis dikatakan telah berceramah diatas pentas PAS untuk menyokong pakatan rakyat secara terbuka.
Pelakon Hairie Othman dikatakan malam tadi telah berceramah diatas Pentas PAS, Sila lihat gambar dibawah.



Benarkah Hairie berceramah di atas pentas Pakatan Rakyat, mungkin bagi ramai orang ia agak pelik, jarang sekali artis muda mahu menentang arus.

Namun jika disoroti beberapa perkara yang dilakukan oleh hairie sebelum ini, adalah tidak mustahil langsung beliau telah naik dan berceramah diatas pentas Pakatan Rakyat, ini berdasarkan sokongan beliau terhadap Pakatan Rakyat tidak diselindungkan.

Terdahulu beberapa hari lepas sekeping gambar menunjukkah Hairie dan seorang lagi rakan seni sedang duduk menjamu selera bersama seorang pemimpin PAS. 


Hairie sebelum ini pernah menempelak kenyataan seorang pemimpin Umno kelantan yang memperlekeh tindakan beberapa orang artis yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Didalam laman sosial facebooknya dia menulis

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman 


Jika benar Hairie Othman telah memilih untuk berada di atas pentas Pakatan rakyat, ia sesuatu yang bagus, tidak ramai sebenarnya artis di dalam negara ini yang berani menentang arus gara-gara takut kelak periuk nasi mereka terjejas kerana pilihan mereka.

"tukanglawan" tahu masih ramai lagi artis yang memilih berdiam diri, kita hormati apa yang dilakukan mereka kerana kita faham risiko yang akan mereka hadapi.

Dan buat artis yang berani bersuara secara terang-terangan, anda melakukan sesuatu yang sepatutnya, tugas artis bukan sekadar menghibur , anda juga punya fungsi cukup penting dalam masyarakat sivil, tahniah.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Zizan Tolak RM18,000 cuma pilih RM1,000 kerana dakwah

| comments




Alhamdullilah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, benarlah rencana ALLAH itu tiada siapa yang tahu, satu ketika dahulu Zizan pernah melakukan khilaf gara-gara lakonannya dalam filem hantu bonceng, dicerca dan dimaki, Zizan akui kesilapanya itu dan minta dimaafkan. hari Zizan kini semakin hampir pada Islam.

Ramai yang tidak tahu Zizan ditawarkan RM18,000 untuk menjadi pengacara Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada 31 december 2011, mungkin saja bagi artis lain yang tengah ghairah mengumpul wang ringgit peluang itu tidak akan dilepaskan sama sekali.

Seperti juga yang dilaporkan oleh blog Tinta hijau dikaki bukit, Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu., tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Zizan.

Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang bayaran yang ingin diberikan, namunatas dasar menghormati Zizan yang dianggap salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000 sebagai tanda penghargaan dari penganjur.

Program tersebut berjaya menarik lebih kurang 80 ribu pengunjung, ia merupakan satu langkah baru dalam meraikan sesuatu sambutan, dan kebanyakan pengunjung adalah orang muda, ini menunjukkan orang muda sekarang mula mencari sesuatu yang lebih baik, mereka sudah mula menolak hiburan yang melalaikan semata-mata.

Kepada Zizan, tahniah, hanya Allah yang akan membalas apa yang anda lakukan, teruskan usaha anda, anda kini dipandang tinggi oleh ramai anak-anak muda.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit