"Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin."
Aktivis occupy dataran ini telah berdemo bersama-sama gerakan mahasiswa bagi mendesak kerajaan United Malays National Organization (UMNO) dan Barisan Nasional (BN) bagi memansuhkan PTPTN.
Ketika ingin membuat rayuan, dan hakin Amelia Tee sedia mendengar ketika itu peguam Umar gagal mendapatkan Timbalan Pendakwa Raya yang bertanggungjawab terhadap kes Umar.
Rentetan daripada penangkapan dan hukuman tersebut, aktivis mahasiswa dan aktivis sosial telah mengambil keputusan untuk berkhemah di hadapan Penjara Kajang sebagai tanda protes terhadap hukuman tersebut. Mana tidaknya, perogol, perasuah dan perompak dilepaskan, hanya kerana menghalang polis menangkap saspek yang berdemo, dipenjara sehingga sebulan.
Walaupun mempunyai risiko dikenakan tindakan atas 'penghinaan mahkamah', mahasiswa tetap melaksanakan protes dalam beberapa hari. Kata - kata Omar menerusi bapanya yang datang melawat di penjara terus dilakar dan dipamerkan yang berbunyi 'DUNIA BELUM KIAMAT, LAWAN SAMPAI TAMAT."
Keesokan paginya, mahasiswa kembali menguasai Dataran Merdeka. Walaupun dihalang oleh pihak penguasa, mahasiswa masih dengan pendirian bahawa mereka akan meneruskan protes bagi memberikan tekanan supaya mahkamah menarik semual keputusan yang dikenakan ke atas Umar.
Kesannya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini membenarkan penangguhan hukuman ke atas Omar dengan ikat jamin daripada RM1K kepada RM5K. Umar dilepaskan.
Kesimpulannya, walaupun sudah dibebaskan, kebebasan itu belum lagi mutlak dan sepenuhnya. Protes dan tekanan haruslah diteruskan. Ayuh! Kuburkan Kezaliman!
MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.