Pilihanraya Kotor, Itu Sebab Kerajaan Takut Ada Pemerhati Luar

| comments

Kerajaan Umno BN tidak perlu takut dengan kehadiran pemerhati antarabangsa dalam pilihan raya umum (PRU) jika yakin sistem pilihan raya di negara ini bersih, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

Kalau kita yakin proses demokrasi kita baik, tak perlu takut dan bimbang untuk benarkan pemerhati luar (memantau PRU).

“Dari dulu lagi Mafrel konsisten tentang isu ini. Ia perlu dilihat dengan positif kerana pemerhati luar boleh beri perspektif dan cadangan yang baik.

“Jadi, (kerajaan) patut alu-alukan kedatangan mereka. Seolah-olah nak takutkan orang ramai, bahawa ‘ini negara kita, orang lain jangan terlibat’,” katanya ketika dihubungi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kehadiran pemerhati antarabangsa pada PRU ke-13 akan memalukan negara.

Najib turut menuduh pemerhati luar sebagai ‘campur tangan asing’ dan kononnya merosakkan masa depan negara.

Menyangkal tuduhan itu, Syed Ibrahim menjelaskan, peranan pemerhati luar semasa pilihan raya di mana-mana negara biasanya berpandukan prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

Mereka bukan sewenang-wenangnya buat laporan (untuk burukkan negara). Jadi tak perlulah takut sangat untuk benarkan pihak lain beri pandangan tentang negara kita,” kata beliau.

Menurutnya, Mafrel akan menjadi pemerhati dalam PRU 13 untuk memantau sebarang cubaan penipuan dan penyelewengan.

Mungkin dalam masa terdekat, kami akan umumkan (penubuhan) gabungan dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk buat pemerhatian yang lebih baik dan meluas,” jelasnya.

Sejak 2005, Mafrel menjadi pemerhati di beberapa pilihan raya kecil, Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2006, termasuk PRU 2008.

Mafrel juga mengambil bahagian sebagai pemerhati antarabangsa di beberapa negara, antaranya Hong Kong, Pakistan, Thailand dan Bangladesh


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit