Penyokong Ahmad Berhimpun Di Dataran malam tadi

| comments

Kira-kira 100 penyokong Ahmad Abdul Jalil, termasuk ahli keluarganya, berkumpul menyertai nyalaan lilin di Dataran Merdeka malam tadi, menggesa supaya beliau dibebaskan.

Mereka termasuk ibu bapanya, lima daripada sembilan adik-beradiknya, dan beberapa orang sepupunya, menyertai orang ramai memegang lilin dan poster yang menggesa supaya Ahmad dibebaskan.

Himpunan tersebut, yang diketuai oleh penyelaras Lawyers for
Liberty, Fadiah Nadwa Fikri (kanan), bermula sekitar jam 9 malam, dengan dipantau oleh kira-kira 10 anggota polis.

"Beliau telah tidak diberi hak untuk mempertahankan dirinya. Beliau tidak pernah diberi hak untuk berjumpa peguamnya. Beliau telah tidak diberi haknya untuk berjumpa keluarganya.
NONE"Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada beliau. Kami amat bimbang akan keselamatannya, dan kami berada di sini untuk menuntut pembebasan Ahmad," katanya sebelum menyerahkan hailer untuk ahli keluarga Ahmad.

Ahmad telah ditahan di Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas di bawah Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina Sultan Johor dan dibawa ke Johor Bahru.

Beliau kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang tuduhan, tetapi ditahan semula di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit