Pecah Tembelang, AES Hanya Untuk Kayakan Kroni.

| comments

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, kata Persetujuan Ahli Parlimen BN supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh ialah kerana rahsia kerajaan memberi keuntungan kepada kroni terbongkar.
Betul ke macam tu?, memang "tukanglawan" fikir macam tu pun, selain kayakan kroni, cara itulah duit rakyat dapat dikikis, sudah bagi RM500, ambil balik dari poket rakyat berlipat kali ganda.

Tak munasabah langsung bila letak kamera ni dan tetapkan had laju 60km/h dijalan yang boleh pandu dengan kelajuan 100km/h, ini zaman maju.

kereta sekarang sudah boleh pandu laju, sudah ada ABS, traction control Air bag dah jadi standart dah, pendek kata makin mahal kereta makin selamat, cuma "tukanglawan" tak berapa pasti kereta buatan malaysia yang sengaja jual mahal untuk rakyat sendiri tu, tahap mana keselamatannya.

Agak melampau bila saman ini dijadikan perniagaan, silap sedikit mahu saman, usaha mendidik pemandu tak serius, kalau serius takla banyak kamera AES diletak segenap penjuru, kalau betul serius, buatlah kempen keselamatan, setakat kursus masa nak ambik lesen macam tak lebih dari protokol supaya kos boleh dinaikkan je.

Jujur ke KERAjaan ni dengan rakyat?,  seperti kata Azan Ismail,

Hentikanlah alasan kononnya kerajaan bantu rakyat, sedangkan dari awal mereka tidak jujur, memang dah tahu tujuan AES hanya untuk mengagihkan keuntungan antara kroni, 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit