Sapina Kes Kapal Selam Telah Diserahkan Pada Saksi Pertama

| comments

Salah seorang daripada 7 saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia (suaram) untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS. telah disapina.

"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama. 

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi. 

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir Singh Chahl yang diketahui sebagai salah seorang yang terlibat, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.

Suaram sebelum ini digeledah dipercayai bagi menghalang usaha meneruskan kes ini di mahkamah perancis selain dari cuba menjatuhkan reputasi Suaram.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit