Pakatan Wajib Menang Untuk Lawan Kezaliman

| comments

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen parti itu bukan sahaja mahu menukar kerajaan sedia ada tetapi adalah merubah sistem nilai yang lebih baik kepada negara. 

 “Sudah sampai waktunya Umno-BN berundur dan kita mengambil kuasa, kita akan lawan kezaliman,” katanya di Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre . 

Anwar berkata komitmen dan iltizam diperlukan semua di peringkat kepimpinan bagi menggembeling kekuatan melaksanakan agenda perubahan yang digariskan oleh Pakatan Rakyat. 

Untuk Selamatkan negara ini kita wajib menang, untuk menang kita kena kerja kuat dalam lawan tetap lawan,” tegas Anwar. 

Tambahnya, jentera parti perlu menyiapkan seluruh kekuatan untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa sahaja. Dalam amanatnya itu, Anwar juga meminta perwakilan mengangkat martabat minda seperti mengangkat budaya ilmu dengan membahaskan buku-buku baru serta seminar membentangkan kertas kerja yang melibatkan kepentingan rakyat. 

 Kira-kira 1500 perwakilan daripada seluruh negara hadir dalam rapat itu hari ini yang dihadiri oleh pimpinan tertinggi parti.
 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit