Notis Ini Bikin Pencacai Umno Kelam Kabut.

| comments

Notis dibawah dikeluarkan oleh Kelab Koresponden Asing Thailand  (FCCT) mendakwa, musa hassan kononnnya akan mengadakan satu sidang media bagi mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang menurut notis itu akan diadakan pada tengahari waktu Malaysia hari ini.


Maka Notis itu dipercayai bikin pencacai umno jadi kelam kabut, mereka jadi terpingga-pingga tanpa hujung pangkal. malah najib juga agaknya terpinga-pinga dan kecut perut.

Pasti tiba-tiba mereka jadi gundah gulana. tertanya-tanya kenapa musa hassan yang pernah tumbuk mata Anwar ibrahim itu mahu dedah kes kapal selam yang melibatkan peristiwa pembunuhan altantuya pulak.

Sudah berubah anginkah musa hassan, apakah musa hassan mahu ikut jejak langkah ramai bekas pegawai tinggi kerajaan yang terang - terang tidak mahu sokong umno lagi?.

Lantas bagi menenangkan ramai pencacai umno yang sakit otak mahu pulihkan reputasi najib yang dikata terlibat sama dalam kes ini, musa hassan beri penjelasan "Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya tidak membuat apa-apa rancangan seperti itu," katanya.
 

Maka tenanglah sekelian hati pencacai-pencacai umno itu, Musa hassan kata dia tidak punya rancangan begitu. tapi mereka lupa lega mereka hanya sekejap, kerana dari Thailand sampai ke Mongolia hingga ke Perancis, kisah kapal selam tidak boleh ditutup seperti yang dilakukan oleh media malaysia.

Selindung bagaimana pun satu hari nanti pasti akan terbuka kembali, dan saat itu sekali lagi pencacai umno akan gundah gulana.

Dan kita sebagai rakyat Malaysia, cuma satu cara untuk tahu titik noktah kisah kapal selam altantuya, bila najib bukan lagi perdana menteri.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit