Hutang Negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi
Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak
mengambil alih kementerian itu.
Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998,
beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar kepada lebihan
belanjawan (surplus) dalam masa dua tahun sahaja.
Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.
Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami
belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya,
Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit 14 tahun
berturut-turut.
Kajian itu dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan
(KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga
Najib sebagai Menteri Kewangan.
Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik
berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197
bilion pada tahun 1998.
“Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang
keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992
sehingga tahun 1996 selepas meningkat secara berterusan selama hampir
20 tahun.
“Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan
meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak
Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008,” kata KPRU dalam analisa
itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu
diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan
belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara
yang terus meningkat saban tahun.
Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU.
Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada
tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia
meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion
pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun
2011.
Ayoo, najib lebih baiklah berenti dari jadi menteri kewangan kalau akan buat negara bangkrap, jangan sampai nanti digelar "Bapa bangkrupcy"
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.