Kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Johor Baharu semalam bahawa
Kerajaan Persekutuan akan meneruskan Projek Langat 2 walaupun tidak
mendapat kelulusan Kerajaan Negeri akan memburukkan imej negara di
peringkat antarabangsa.
Kerajaan Persekutuan berkeras untuk meneruskan projek tersebut
walaupun ia tidak mendapat Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa
Tempatan atau bertentangan dengan Rancangan Tempatan yang telah
diwartakan oleh Kerajaan Negeri.
Dengan keputusan itu, isu air di Selangor tidak akan hanya menjadi
isu negeri atau isu kebangsaan tetapi akan menjadi isu antarabangsa.
Apabila sebuah kerajaan dengan sewenang-wenangnya enggan menghormati
undang-undang negara ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat
antrabangsa.
Pelabur-pelabur tidak akan berani lagi melabur di negara kita kerana
tidak ada kepastian bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani akan
dihormati.
Mereka akan merasakan pelaburan mereka tidak akan terjamin kerana
undang-undang negara tidak akan dapat melindungi kepentingan mereka.
Juga jika sebuah kerajaan sendiri tidak menghormati undang-undang maka ia tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat.
Dua kesan utama akibat dari keputusan Kerajaan Persekutuan itu adalah,
1. Pelaburan di negara kita akan menurun sama ada daripada dalam atau
luar negara kerana pelabur-pelabur tidak akan lagi merasakan pelaburan
mereka selamat. Peluang pekerjaan baru akan berkurangan.
2. Undang-undang negara tidak lagi akan dihormati kerana rakyat akan
beranggapan jika kerajaan boleh membelakangkan undang-undang maka rakyat
juga tidak perlu patuh kepada undang-undang. Maka jenayah akan
meningkat.
Imej negara juga akan menjunam kerana terdapat negara-negara lain
yang mengamalkan sistem Persekutuan seperti di Malaysia. Di antaranya
adalah Australia dan Kanada. Kegagalan Kerajaan Persekutuan menghormati
hubungan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan memburukkan
nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Maka Kerajaan Persekutuan janganlah tergesa-gesa membuat keputusan
untuk melanggar undang-undang negara. Buatlah keputusan dengan penuh
kewarasan dan tidak dipacu oleh sentimen politik semata-mata. Kesannya
adalah kepada seluruh negara bukan hanya kepada negeri Selangor.
Iskandar Abdul Samad
Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor / Adun Chempaka
Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor / Adun Chempaka
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.