Tuduhan bahawa kontraktor Kelas F Pulau Pinang yang kebanyakannya 
kontraktor Melayu Bumiputera tidak dianugerahkan tender oleh kerajaan 
negeri ditempelak Ketua Menteri Lim Guan Eng apabila dakwaan 
tersebut dilontarkan oleh Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman 
Dahlan. 
 Menurut Guan Eng, “Sejak 2008, kita sudah buat tender terbuka bagi 
semua jenis kelas. Kita lakukan semua ini kerana kita percaya kepada 
kekuatan terhadap kontraktor Melayu.”
“Ia terbukti apabila 70 peratus kontraktor Melayu ini memenangi tender tersebut” ujarnya.
Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen
 Bagan berkata sebenarnya ini menunjukkan bahawa bukan kontraktor Melayu
 yang tidak mampu tetapi kontraktor UMNO-BN yang tidak mampu.
“Bukan itu sahaja, kita juga boleh membuktikan banyak lagi 
kontraktor-kontraktor Melayu yang berjaya mendapatkan tender yang 
bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang” katanya lagi.
Jelas beliau, kerajaan UMNO-BN cuba memainkan isu perkauman dalam isu ini.
“Tindakkan UMNO-BN ini menghina orang Melayu dan cuba memberikan 
reaksi seolah-oleh orang Melayu akan hilang tempat bergantung sekiranya 
tidak menyokong mereka.”
Tambahnya lagi, tindakan ini hanyalah untuk mengekalkan kuasa dan 
rasuah mereka supaya kekal berkuasa. Secara tidak langsung, ia 
memberikan ruang bagi MCA menyatakan seolah orang Melayu tidak mampu 
bersaing jika kuasa kerajaan UMNO-BN tidak wujud lagi di Pulau Pinang.
Menyentuh berkenaan peruntukan Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan
 Pulau Pinang,  Guang Eng menjelaskan sehingga hari ini kerajaan negeri 
tidak pernah menerima sebarang peruntukan seperti yang dijanjikan 
kerajaan UMNO-BN.
“Bukan sekadar peruntukan, malah sampai sekarangi Pulau Pinang masih tidak menerima
projek MRT, pengangkutan awam seperti bas, rumah mampu milik mahupun ‘free Port’ serta pembinaan jalan raya” jelas Guan Eng.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
 
 
 Muka Depan
   Muka Depan 


 
 
 
 
 
 
 
 
 





+ comments + 1 comments
PUSAT DIKEPALAI OLEH KEPALA HARAM JADAH JADI HARAM JADAHLAH JAWABNYA ! ABU SAJA PENYELAMAT NEGARA !
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.