Chua Soi Lek Cemerlang Putar Belit Statistik

| comments

Dakwaan akhbar The Star dan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek berhubung kenaikan harga rumah yang terlampau tinggi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga membebankan rakyat disifatkan sebagai tidak tepat, tidak masuk akal malah berniat jahat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam satu kenyataan media menjelaskan, statistik yang digunakan akhbar itu hanya untuk daerah tertentu di Penang dan tidak mencerminkan seluruh negeri.

Beliau berkata, data yang digunakan untuk membuat perbandingan tersebut juga adalah perbandingan di antara Selatan-Barat dan Utara-Timur daerah Pulau Pinang.

Saya ingin mengucapkan tahiah kepada Dr Chua Soi Lek dan The Star atas ‘kecemerlangan’ mereka dalam memanipulasi statistik. Apa yang mereka lakukan ialah mengambil harga purata tahun lepas dan kemudian membandingkannya dengan harga maksimum bagi setiap jenis harta tanah, seperti yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

“Sebagai contoh, harga purata pangsapuri atau kondominium di daerah Utara-Timur Q1 sememangnya bernilai RM450,286 seperti yang dilaporkan sebelum ini. 

Harga ini kemudian digunakan oleh The Star untuk membuat perbandingan kepada Laporan Stok terbaru oleh JPPH yang menyatakan bahawa harga pangsapuri atau kondominium di Daerah Timur Laut Pulau Pinang bernilai antara RM170,000 kepada RM2. 7 juta.

“Untuk membandingkan harga tahun ini harga purata tahun lepas adalah benar-benar keterlaluan,” katanya.

Justeru katanya, akhbar itu perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada institute berkenaan bagi memastikan orang ramai tidak terkeliru dengan fakta sebenar.

The Star dalam laporannya sebelum ini bertajuk “Properties in Penang only for the rich, says Chua” mendakwa harga hartanah di Pulau Pinang meningkat secara drastik iaitu pada kadar 400%” dalam tempoh setahun.

Laporan itu bagaimanapun disangkal Ketua Menterinya Lim Guan Eng


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit