Anwar Cabar najib Dengar Perbahasan Bajet Pakatan 2013

| comments

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri hadir ke perbahasan Bajet 2013 yang akan dibentangkan olehnya pagi ini. 

 Esok (hari ini) 11.30 pagi, saya sebagai Ketua Pembangkang akan hadir di Parlimen.

“Saya cabar Najib hadir bagi mendengar ulasan saya mengenai Bajet 2013. Dia nak cakap (mencelah), saya bagi peluang untuk dia berhujah, barulah boleh jadi pemimpin. Ini huha huha depan geng dia, depan aku hang tak berani,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin di Taman Medan, sempena Jelajah Merdeka Rakyat peringkat Selangor semalam.

Ia ekoran tindakan Najib memanipulasi pembentangan Bajet BN Jumaat lalu sebagai medan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Malah Ketua Umum KEADILAN itu bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran debat itu.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat yang berkesempatan hari ini agar hadir dan mendengar penjelasan beliau melalui saluran media alternatif .
 
Ini kerana ulasan beliau enggan dilapor media arus perdana termasuk RTM yang dibayar hasil wang pembayar cukai.

Dalam sesi itu, Anwar juga akan menyentuh mengenai pembatalan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan harga kereta, isu air, dan dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit