Antara PR dan BN siapa Lebih Layak Perintah Selangor?

| comments

Kejayaan Selangor membawa wang lebihan sebanyak RM2 bilion dalam masa empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu lebih baik berbanding 55 tahun pemerintahan Umno BN, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang memuji prestasi kewangan Selangor gagal menipu dan menyekat sokongan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan negeri walaupun BN bertubi-tubi menyerang menerusi media kawalannya.


Kita ada wang lebihan RM2 bilion, semasa Umno BN kejayaan itu tidak pernah berlaku. Ini baru empat tahun (Pakatan) perintah, jadi lebih baik Pakatan daripada BN walaupun 55 tahun tadbir.


“Kalau kerajaan nak beri duit, ambik, jangan tak ambik, kerana itu duit kita, bukan dia punya,” kata Khalid disambut sorakan 500 penyokong yang tidak berganjak dalam hujan lebat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Sekamat, Taman Klang Utama, Klang, petang Ahad lalu.


Khalid berkata, konflik yang sengaja dicipta Umno BN memakan diri mereka apabila kemenangan sentiasa berada di pihak yang benar.


Mereka sengaja nak cari salah kita, tapi rupanya dia (BN) yang buat salah. Untung hutang Talam, dia cakap kita kutip hutang, silapnya dia yang bagi Talam hutang tapi tak kutip hutang.


“Isu air pula dipolitikkan, jadi hujan ini adalah rahmat buat kita kerana tidak perlu (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) nak lawat empangan Sungai Sireh yang sudah dipenuhi air. Kita bersyukur kerana Tuhan memberikan kemenangan kepada orang yang benar,” kata Khalid.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit