Zahid Hamidi Kene Jawab Kenapa Harga RIV Mahal Sangat

| comments (2)

Kali ni Zahid Hamidi Nak taknak kene jawab kenapa harga RIV (Rapid Intervention Vehicle) yang dikatakan terlalu mahal, dan sebagai menteri berkaitan takkan zahid tak tahu pulak.

Korang tau isu ni sebenarnya Sultan Johor yang dedahkan, Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi

Paling pelik pulak bila harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dibeli kementerian bawah zahid hamidi.

Bayangkan 1 unit RIV tu beza sampai RM540,00 kalau 10 unit dah berapa tu, kene siasat betul-betul kes ni sebab sama macam kes kapal selam je nampaknya, beli terlalu mahal, tapi kualiti takde, spesifikasi pun tak ikut.

Zahid hamidi kata dia akan check nanti, apakah terdapat beza spesifikasi sampai harga tu beza jauh sangat, tau tak dengan harga yang kementeriaan pertahanan beli untuk sebiji RIV tu boleh dapat 4 unit kalau ikut harga sultan johor beli.

Kes ni buat Sultan Johor betul-betul dah Murka, Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.

"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim 

Hah, apa lagi memang kali ni Zahid hamidi kene menjawab la, tak  sabar rakyat semua nak tau jawapan zahid hamidi kali nei.. dan elok zahid hamidi main game perang dekat komputer. belajar dari mula, macam mana nak beli senjata dengan duit yang kurang. jangan sibuk layan moto besar je .. kah..kah..kah.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
11 September 2012 pada 12:48 PTG

pasti sebut harga x dibuat dgn betul..SPRM jgn tgu dan lihat sahaja...dh boleh buat siasatan jika ada unsur2 penyelewengan wang rakyat..jgn jadi pahat dgn penukul...ketuk baru nk keja...

11 September 2012 pada 12:54 PTG

@Tanpa Nama kalau pahat tu terbalik takut jugak penukul tu nak ketuk.. tajam pahat tu. kah..kah..kah pahamx2 la maksudnya.

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit