Dakwaan Terhadap Suaram Untuk Tutup Kes Kapal Selam

| comments

Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran. 

 Adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing.

Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang. Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene,” tempelak Surendran.

Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar,” katanya ketika dihubungi.

Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram,” kata beliau lagi.

Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.

Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia

Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit