Baru masuk hari ke 5 disiarkan di Youtube,tinjauan "tukanglawan sehingga 1 pagi tadi mendapati sudah 26,579 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditepati'.
Hanya 371 sahaja menyatakan suka kepada lagu ciptaan Rais Yatim yang penuh mengampu kerajaan BN ini.
Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah tambah.
Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN, malah mengungkit -ungikit apa yang kononnya dikatakan jasa mereka kepada rakyat.
"Ini bukan lagu tema Hari Merdeka, ini lagu Barisan Nasional. Rais...betul? admit sahajalah..." tulis salah seorang pengunjung yang mendengar lagu ini.
"Ini macam lagu kempen pilihanraya je nih..Duit peruntukan dah habis ke nak buat pertandingan cipta logo dan lagu k patriotisampai suma kena DIY!! Nonsense!! " ujar sebuah komen lain.
Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan serta Warisan, Rais Yatim telah mengumumkan penarikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 selepas mendapat cacian dan gelak tawa ramai.
Ekoran itu, beliau mengumumkan,logo 1 Malaysia sebagai logo rasmi Hari Kemerdekaan kali ini.
Orang ramai juga membantah tema sambutan iaitu 'Janji Ditepati' kerana ia adalah tema kempen BN.
Kini lagu sempena sambutan ini juga dibantah pelbagi pihak, termasuk dari penyokong umno sendiri... hai.. apa nak jadi ...
Ok la, dari merapu dengar lagu tu, baik tengok TVweb Tukanglawan ( klik sini )
Ok la, dari merapu dengar lagu tu, baik tengok TVweb Tukanglawan ( klik sini )
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.