Umno dianggap sudah kehabisan ikhtiar apabila dikatakan menggunakan anak bagi menyebarkan buku-buku berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno di sekolah.
Buku kartun bertajuk “Dari PM Untuk Rakyat” terbitan Gerakan Anak Muda Malaysia dan “Transformasi Najib” tulisan Akmar Hisham Mokhles diedar di sekolah di parlimen Kota Bharu menjelang Ramadan lalu.
Seorang bapa yang enggan dikenali mendakwa anaknya diberi tiga buku berkaitan Perdana Menteri dan Umno oleh seorang rakannya.
“Anak saya beritahu rakannya itu membawa banyak buku mengenai Najib yang diberi kepada rakan-rakan di dalam kelas.
“Pada awalnya anak saya tidak mahu ambil kerana takut dimarahi saya dan ibunya. Namun dia ambil juga dan terus memberi kepada saya setelah sampai di rumah,” katanya di sini.
Menurutnya buku Dari PM Untuk Rakyat 20 halaman menceritakan dalam bentuk lakaran kartun mengenai program-program yang dilaksanakan kerajaan BN di bawah Najib.
Antaranya BRIM, bantuan persekolahan, rumah pertama, Saham Amanah 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat dan pelbagai lagi.
Manakala buku Transformasi Najib mengisahkan kehidupan Perdana Menteri sejak dari kecil sehingga kedudukan sekarang.
Persoalannya kata beliau mengapa budak sekolah rendah diperalatkan bagi mengedarkan buku-buku kartun mengenai Najib.
“Kalau hendak dikatakan buku itu diedar tanpa pengetahuan bapanya, mengapa pula kuantitinya banyak, seolah-olah seperti disengajakan.
“Mungkin pihak sekolah dan guru tidak sedar perkara itu. Namun sekolah terbabit sedia dimaklumi sering dikunjungi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh.
“Kalau buku mengenai pemimpin kerajaan negeri diedar di sekolah mungkin telah lama disekat. Namun pengedaran buku berkaitan Umno hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak sekolah,” ujarnya.
Umno makin melampau, buku kartus "politik" ini disebar disekolah rendah, padahal pelajar berusia 21 tahu yang layak mengundi dihalang berpolitik' umno ini elok dihumban selama-lamanya, busuk dan kotor.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.