Sheikh terkenal Australia terbunuh Dalam Serangan Roket di Syria

| comments

Seorang sheikh yang terkenal di Sydney, Sheikh Mustapha Al Majzoub meninggal dunia Ahad lalu semasa menjalankan kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan di Syria, Perkara itu disahkan oleh keluarganya.

''Walaupun sekarang adalah masa yang amat mendukacitakan kami kerana kehilangan ahli keluarga yang amat kami sayangi, namun kami amat berbangga kerana Sheikh Al Majzoub meninggal dunia sewaktu melakukan apa yang dia telah lakukan sepanjang hidupnya - berkhidmat kepada masyarakat demi Allah, tanpa memikirkan dirinya sendiri," kata jurucakap keluarganya.

"Beberapa roket telah dilancarkan kira-kira 50 kilometer dari bandar beliau menginap oleh tentera rejim Syria, dan malangnya beliau terbunuh dalam serangan rawak yang menghujani bandar tersebut," kata Jurucakap Persatuan Persahabatan Islam Australia (Islamic Friendship Association of Australia), Keysar Trad

Beliau telah dikebumikan di Syria Isnin lalu dengan majlis pengebumian diketuai oleh abangnya, Sheikh Fedaa Majzoub, satu-satunya warganegara Australia yang menjadi ahli kumpulang pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria.... Al-Fatihah.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit