PAS Cadang Lesen Memandu Tak Perlu Renew Setiap Tahun.

| comments (2)

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan lontar idea tak perlu susah-susah terpaksa renew lesen memandu setiap tahum di dalamTwitter nya.

Hari ini ramai yang beratur dan merungut sebab kena perbaharui lesen (memandu) saban tahun. Saya cadang selepas Pakatan Rakyat memerintah, beri lesen memandu seumur hidup tanpa perlu renew,” tulis beliau.

Menurut Nasrudin, memperbaharui lesen memandu adalah antara perkara yang membebankan rakyat terbanyak.

Kenapa tidak lesen memandu dikeluarkan tanpa perlu renew?” tanya beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily untuk mengulas lanjut mengenai mekanisme cadangan beliau, Nasrudin berkata hanya pemandu bermasalah, seperti yang sering melanggar undang-undang trafik sehingga lesen tergantung perlu memohon lesen memandu semula secara berkala.

Bagi pesalahlaku trafik yang memohon lesen memandu semula, lesen memandu berwarna lain boleh dikeluarkan untuk membezakan mereka, yang memerlukan mereka untuk renew berkala jika berkelakuan baik untuk tempoh tertentu,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Namun, katanya mekanisme perlu diperhalusi tapi matlamat yang terpenting ialah mengurangkan beban rakyat dalam memperbaharui lesen memandu.

Dahlah setiap tahun kena renew cukai jalan dan insuran kereta. Kini, apabila banyak saman, cukai jalan disekat maka kereta tidak boleh digunakan.

"Sebenarnya tidak ada keperluan untuk rakyat untuk memperbaharui lesen memandu, sekali dapat dah cukup, asalkan jaga kelakuan di jalanraya lesen memandu ini hidup,” katanya.

Cadangan itu setelah diperhalusi, kata Nasrudin akan dibawa beliau untuk dibincangkan bersama PAS Pusat dan seterusnya Pakatan Rakyat

Hah... bab ni "tukanglawan" setuju sangat-sangat, ada pakcik makcik di kampung yang disaman kerana lesen mati, bukan tak pernah ambik lesen pun, cuma bila dah tua kadangx2 tak larat dah nak ku hulu hilir semata-mata nak bagi lagi duit dekat kerajaan untuk "renew" lesen memandu.

Tapi kalau idea ni di praktikalkan.. mestilah umno akan cakap muflis negara, polis tak boleh saman, duit "renew" tak boleh collect.... memang la bangkrap.. sebab kepala menteri sibuk fikir nak ambik duit rakyat.... berkira betul kan KERAjaan dengan rakyat....

Nak harap Bn nak buat lesen tak payah "renew".. tak payah la mimpi...


.Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 2 comments

24 Ogos 2012 7:28 PG

SETUJU SANGAT LESEN SEUMUR HIDUP,JUGA PENIPUAN & PENYELEWENGAN DALAM CUKAI JALAN & INSURAN ,TANPA INSURAN KEENDERAAN TAK BOLEH DIGUNAKAN ,AGENSI INSURAN SESUKA HATI KENAKAN & TENTUKAN BAYARAN RAKYAT TANPA ADA CHECK & BALANCE,DITANGAN MEREKA KUASA UNTUK TENTUKAN HARGA INSURAN YANG DIKENAKAN PELBAGAI,KERAJAAN PUN UNTUNG SAMA TERMASUK AGENSI INSURAN YANG BETUL-BETUL BUAT DUIT BUTA ,MENGAPA KERAJAAN THAILAND BOLEH KENAKAN HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP CUKAI & INSURAN KEENDERAN ?

Tanpa Nama
24 Ogos 2012 11:56 PG

Kalau kerajaan keras dalam erti kata perlaksanaan BERSIH dan TELUS semua taukeh-taukeh susah ooo. Malaysia rosak sangat dengan korupsi kerana segolongan manusia mengutamakan kemewahan sendiri. Selama Bani Melayu rosak kerana siapa ?

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit