Terdesak, BN Makin Nampak Bodoh Di Selangor.

| comments (1)

Tontong live himpunan hijau peringkat negeri selangor, klik pada bar ( streaming TV) di atas atau klik sini

Ingat tak lagi peristiwa bila stesen keretapi dipergunakan oleh Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan koordinator BN selangor untuk meraih sokongan, maka bersepah la bendera timbang zaman kuno dipasang. takpe la, itu boleh tahan lagi.
Kali ni leboh terdesak lagi, mereka buat kerja bodoh pernah dilakukan,"tukanglawan" cuma nak tahu, siapa yang beri idea paling bodoh tu. Kah..kah..kah..
Semua stesen komuter di selangor umno dengan kerjasama KTM (bila ktm ni jadi balaci umno) dok pasang segala jenis poster yang mempamerkan wajah najib yang penakut terima cabaran debat tu.

Iklan dan poster tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabak, cuma didalam toilet kita tak tahu ada atau tidak (bayangkan anda kecing dan depan anda ada gambar najib tersenyum)

Tahukah anda idea paling bodoh ini sebenarnya menambah kebencian rakyat pada najib dan BN sebenarnya, mungkin lukisan mural atau pun grafiti ( lukisan pada dinding menggunakan cat sembur ), lebih enak dipandang.

Memaparkan iklan dan poster mengugkit dan memberitahu kononnya umno dan BN ini kononnya perihatin membuktikan umno dan Bn sangat terdesak dan sudah tidak lagi releven, sebagai langkah kempen pilihanraya (spr tak bising pulak BN kempen awal macam ni) , rata-rata pengguna komuter meluat dengan iklan begini.

Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, beliau merasakan iklan itu tidak perlu diletakkan kerana "tidak seimbang" tanpa memaparkan gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri," katanya ketika ditemubual
Mat, 22, juga berkata, iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab piak itu.

Selain itu, pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mahu dikenal sebagai Amirul pula mengaitkan perkara itu dengan tarikh pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kalau betul mereka ini membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin
 kempen nak dekat pilihan raya umum," katanya sinis.

Sementara itu, Liana, 26, seorang pekerja swasta pula berkata, iklan sedemikian tidak perlu diletakkan kerana hampir semua orang tahu apa yang telah kerajaan lakukan.

"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," katanya lagi.

Sekali lagi "tukanglawan" nak tanya siap la yang bodoh sangat terfikir iklan macam ni, sudahlah rakyat muak, kini makin benci pulak dekat BN,
Dengan memasang poster dan iklan begini, apakah Pengerusi KTM telah menyalah gunakan kuasanya dengan sewenangnya membenarkan KTM mempromosikan Najib dan BN atau ini projek kapo duit rakyat lagi, mungkin BN membayar sekian harga yang dipersetujui kepada individu tertentu untuk membolehkan KTM mempersetujui untuk iklankan gambar najib dan BN.

Apa pun, dalam keadaan umno makin lemah di Selangor, ini jelas la idea sangat bodoh, rakyat tidak tertarik dengan apa yang cuba disampaikan, tapi rakyat makin benci, kenapa tidak letak sahaja gambar rosmah, mungkin lebih ramai yang tertarik untuk lihat sebelum tersenyum sinis. kah..kah..kah



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

+ comments + 1 comments

16 Julai 2012 pada 7:48 PG

kalu nak kencing tengok muka merapu ni pi terus tak jadi hahaha ! ABU !

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit