Ura-Ura bahawa pilihanraya akan diadakan pada september ini semakin kuat,
Sebelum ini beberapa pemimpin pakatan juga pernah menyuarakan perkara serupa, malah tadi siang Pengarang Malaysia Insider, Jahabar Sadiq juga membuat ramalan yang sama berdasarkan sumbernya.
“Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut, Najib dijangka akan memanggil pilihan raya tidak lama selepas umat Islam pulang ke tempat kerja masing-masing selepas bercuti raya.
Dengan kata lain, BN dijangka mengadakan Pilihanraya selepas rata-rata pengundi dari Kelantan dan Kedah contohnya pulang ke Bandaraya untuk kembali berkerja, ini menyukarkan mereka pulang semula untuk mengundi.
Namun, "tukanglawan" berpendapat pilihanraya diadakan pada september kerana negara baru sahaja menyambut hari Kemerdekaan, peluang itu akan digunakan untuk melaungkan perasaan patriotik kepada rakyat, maka sekali lagi dakyah Umno lah pejuang sebenar kemerdekaan akan digunakan untuk memenangkan umno.
Apa pun taktik umno, parti itu harus dijatuhkan.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.