Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, memberitahu, polis memulai provokasi terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan mengacukan pistol ke udara sambil berdiri ketika menunggang motosikal.
“Lebih kurang 30 polis, diketuai seorang anggota di hadapan sekali, mengacukan pistol ke udara seperti seorang ‘koboi’. Ketika itu, mereka melawan arus sepanjang Jalan Raja Laut dan di sekeliling mereka ada ribuan manusia,” katanya.
Menurut Khairul, polis terbabit turut melaungkan: “Kalau berani datanglah depan, kenapa lari?” berkali-kali kepada lebih 2,000 peserta di kawasan itu.
Khairul berkata, beliau juga sempat menyaksikan seorang peguam dibelasah teruk oleh sekumpulan polis.
“Saya tak boleh buat apa-apa, saya hanya mampu berikan mangsa (peguam) itu sehelai sapu tangan untuk menutup luka di muka beliau,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai pengalamannya dalam himpunan 28 April itu, Khairul berkata, beliau cemas ketika dua wanita yang juga wartawan Bernama masuk ke dalam keretanya dan mengadu kesakitan akibat terkena gas pemedih mata.
“Saya berikan mereka air mineral untuk menghilangkan kesan gas tersebut,” kata Khairul yang juga seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Saksi pertama, R Kunabal juga yakin situasi yang pada mulanya aman bertukar menjadi kelam kabut hanya selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air kimia.
“Saya berada di Pejabat Majlis Peguam, keadaan mulanya tenang saja, orang ramai bagaikan berpesta tetapi menjadi huru hara selepas gas pemedih mata dan semburan air kimia dilepaskan,” jelas Kunabal.
Khairul, Kunabal dan seorang lagi saksi, Baharuddin Hashim hadir memberi keterangan dalam sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), semalam
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.