Jangan tak percaya, ini bukan dongeng, ini cerita betul zaman umno. kalau korang dah rasa nak mati, jangan bimbang, boleh bukak web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tempah tanah tanah Perkuburuan di KL ni.
Itulah kata Muhyiddin Yassin semasa melancarkan tanah perkuburan Raudhatul Sakinah di Batu, semalam.
Pusat perkuburan Islam di Mukim Batu yang berkeluasan 98 ekar ini bakal dibangunkan sebanyak tujuh fasa yang boleh menampung 22,000 jenazah dan boleh bertahan hingga 2061.
Selain di Mukim Batu ini, pusat perkuburan Islam yang dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terdapat di Bukit Kiara yang dapat menampung hingga 2045. (bukan aritu kecoh tak cukup tanah kubur ke?)
“Ini adalah satu fardhu kifayah yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan keselesaan umat Islam mendapatkan ruang kubur,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali. (bukan dia ni ade kene mengene kes duit zakat yg jamil khir guna untuk lawan tuntutan qazaf DSAI aritu ke)
Pelik zaman umno ni, ruang kubur pun nak dibuat begitu, ada tempah-tempah, pilih dulu mana suka, di lembah atau di lereng bukit, cari spot yang lawa dan menarik, padahal, perkara lepas mati ni, ALLAH je tau apa jadi. mati kat mana, bagaimana.

Bukan boleh suka-sukakan nak gali balik kalau tak ada keperluan.
Hari ni bagi perkhidmatan percuma, takut esok dari kain kapan sampai ke Van Jenazah, perkhidmatan konopi, batu nesan, dan sebagainya sampai la tanam bunga puak-puak ni komersialkan, mana tahu.
Bukan apa, selagi umno ni berkuasa, apa pun diorang nak komersialkan, sampai la ke tanah kubur, susah bila umno ni hidup lama sangat, baik la umno dulu tempah lot kubur mana diorang nak. lagi cepat lagi bagus.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.